Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

DBKL Anjur Semula KLCFM Yang Terpaksa Ditangguhkan Gara-Gara Covid

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita baik kepada seluruh warga Lembah Klang!

Anda kini boleh mengisi masa hujung minggu dengan menyertai  Program  Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur (KLCFM) yang sebelum ini terpaksa ditangguhkan gara-gara wabak Covid-19.

Menerusi program ini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti berjalan, berlari, meluncur atau berbasikal selama dua jam mulai 7 pagi hingga 9 pagi.


“Program simulasi yang akan berlangsung setiap dua minggu ini akan menggunakan laluan sepanjang tujuh kilometer di sekitar ibu kota,” kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Jalan-jalan yang terlibat adalah:


Namun, anda jangan teragak-agak untuk menyertai program ini memandangkan ia sememangnya mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara.


Lagipun, hanya individu yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan melepasi tempoh 14 hari dibenarkan menyertai program berkenaan.

Untuk makluman anda, program ini telah pun diaktifkan semalam.

Bagi yang berminat untuk menyertai KLCFM, anda perlu membuat prapendaftaran terlebih dahulu menerusi laman sesawang KL Car Free Morning dan DBKL serta laman Facebook KL Car Free Morning dan DBKL.

Peserta yang berjaya mendaftar akan dimaklumkan melalui e-mel selepas tarikh pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai KLCFM, anda boleh melayari www.klcarfreemorning.my.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026