Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Toyota Corolla Kini Diburu Polis

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pemandu Toyota Corolla yang melarikan diri selepas merempuh sebuah Alza di Persiaran Bukit Jambul, Pulau Pinang kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan kejadian yang berlaku pada pukul 8.48 pagi itu, membabitkan sebuah Toyota Corolla dan Perodua Alza.

“Kejadian itu berlaku ketika kereta Perodua Alza sedang berhenti di simpang dan bersedia untuk membelok sebelum dilanggar oleh kenderaan suspek dari arah belakang.

“Kereta yang dipandu suspek didapati tidak mengikut giliran dan memotong ke kanan iaitu garisan berkembar dan melawan arus,” katanya.


Bagaimanapun, kereta suspek kemudian dikatakan mencelah masuk semula ke laluan asal di bahagian kiri apabila terdapat kenderaan lain dari arah bertentangan.

Suspek kemudian melanggar Alza berkenaan dari arah belakang. Akibat perlanggaran itu, pemandu Perodua Alza turun dari kenderaannya dan cuba hendak berbincang namun suspek enggan memberi kerjasama sebelum melarikan diri.

Susulan itu, pemandu Alza telah membuat laporan manakala, pemandu Toyota Corolla pula masih belum tampil membuat laporan polis.

Kes kini disiasat mengikut Kaedah-kaedah Lalu lintas Jalan 1959.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026