- Berita
- Berita Auto
- Ibu, Anak Maut, Kereta Terlanggar Batu Konkrit Di Bahu Jalan

Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera parah apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas sehingga merempuh sebuah batu konkrit besar di bahu jalan di Jalan Kampung Segaliud Seberang, Kinabatangan, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi itu, wanita yang berusia 40 tahun dan anak perempuannya, 14 tahun, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga lagi mangsa lain yang berusia antara 15 ke 33 tahun mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.02 pagi. Susulan daripada laporan tersebut, sepasukan enam anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).
“Sebaik tiba, semua mangsa masih berada di dalam kenderaan dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

“Dua mangsa wanita yang merupakan ibu dan anak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Sementara itu, suami serta dua anak saudara lelaki yang berusia 15 dan 16 tahun mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.22 pagi.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
