Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perkenalkan SUV QX80 2022 Dengan Skrin Sentuh HD

Sofea Najmi

Kongsi melalui




INFINITI telah melancarkan QX80 2022, sebuah SUV dengan kluster tengah yang telah diubah suai sepenuhnya yang kini menampilkan paparan INFINITI InTouch bersaiz 12.3 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan USB Android Auto.

 

INFINITI QX80 versi tahun 2022 yang terbaharu ini kini tampil dengan lebih banyak teknologi untuk memberikan lebih banyak lagi ciri mewah kepada kabin kereta. QX80 yang terbaharu ini dilengkapi dengan kemudahan pengecas telefon pintar tanpa wayar, sistem audio Bose Premium dan juga kawalan jelajah pintar.

 

Enjin yang digunakan ialah enjin V8 5.6L INFINITI yang memberikan kuasa 400 hp dan tork 560 Nm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik 7 kelajuan. 






QX80 2022 juga dilengkapi navigasi berskrin lebar yang turut disertai dengan langganan premium info trafik dan MapCare selama lima tahun.

 

Hotspot WiFi untuk sambungan dengan beberapa buah peranti turut disediakan (langganan diperlukan selepas percubaan percuma selama 30 hari).  Kereta juga dilengkapi sistem  Rear Seat Enjoyment yang merangkumi sistem hiburan on-the-go dalam skrin bersaiz 8 inci.

 

Dari segi pemanduan, QX80 hadir dengan cermin pandang belakang pintar yang dapat menunjukkan pandangan belakang dengan jelas tanpa sebarang halangan walaupun kereta ini merupakan SUV dengan tiga barisan tempat duduk. Di samping itu, kemudahan lain yang terdapat pada kereta ialah sistem pemantau pandang keliling dengan pengesan objek bergerak serta sistem sonar depan dan belakang untuk memudahkan navigasi ketika parkir.


Antara sistem bantuan pemandu yang terdapat pada kereta ini ialah kawalan jelajah pintar, intervensi pelanggaran semasa mengundur, amaran keluar lorong, intervensi titik buta, pencegah keluar lorong.

 

INFINITI QX80 2022 yang terbaharu ini mengekalkan ciri-ciri berkuasanya bukan sekadar dari segi teknologi, tetapi juga elemen rekaannya.

 

The 2022 Infiniti QX80 ditawarkan pada harga yang bermula daripada harga Manufacturer's Suggested Retail Price (MSRP) $70,600 atau kira-kira RM 293,000.


Gallery

Tag:

Infiniti QX80 SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026