Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Minta Orang Ramai Buat Aduan Jika Ternampak Nombor Plat Fancy

Suhana Veru

Kongsi melalui

Masih ramai yang berani memasang nombor plat pelik-pelik sampai sukar untuk dibaca namun jangan sangka anda akan terselamat dari disaman biarpun tiada kelibat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekatan jalan raya.

Ini kerana JPJ kini telah memberi kebenaran kepada orang ramai untuk melaporkan  aduan jika ternampak mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran  yang mengelirukan, kabur dan fancy.

“Orang awam yang ternampak kenderaan menggunakan nombor plat seperti itu boleh tangkap gambar dan e-mel kepada aduantrafik@jpj.gov.my,” kata JPJ dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini.


Bagi memberi gambaran jelas mengenai nombor pendaftaran fancy, JPJ turut memuat naik beberapa gambar contoh yang menunjukkan kenderaan yang tidak menggunakan nombor plat mengikut spesifikasi  ditetapkan.

Memang diakui bahawa mereka yang menggunakan nombor plat yang fancy ini mungkin ada alasan dan maksud tersendiri yang ingin ditunjukkan namun ia tetap salah di sisi undang-undang.


Jika anda masih terselamat daripada disaman maka, anda masih sempat menukar nombor pendaftaran kereta mengikut  spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika  masih melengah-lengah masa untuk berbuat demikian, anda boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

Jadi, selepas ini jika anda ternampak mana-mana kenderaan menggunakan nombor pendaftaran kabur atau pelik, cepat-cepat buat aduan! 

Nampaknya penting juga untuk membuat laporan, kalau kabur susah juga  pihak berkuasa nak kesan penjenayah jika berlaku apa-apa!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026