Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kebakaran Dahsyat Itu Menyebabkan Kepulan Asap Menyelubungi Ruang Udara

Suhana Veru

Kongsi melalui

Satu rakaman video tular di media sosial yang menunjukkan kepulan asap tebal menjulang tinggi ke ruang udara sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di sekitar ibu negara semalam.


Rupa-rupanya sebuah bengkel menjual alat ganti kereta terpakai yang terletak di  Jalan Kampung Pasir, Taman Segambut, Kuala Lumpur hangus terbakar dijilat api.


Menerusi video yang dikongsi sejak petang semalam itu menunjukkan api marak dengan begitu pantas  selain turut kedengaran bunyi letupan besar dari premis berkenaan.

Orang ramai dilihat bertindak meletakkan kereta mereka di bahu jalan semata-mata untuk menyaksikan kebakaran dahsyat itu.


Asap dari kebakaran itu juga dikatakan dapat dilihat oleh mereka yang datang dari arah utara melalui Plaza Tol Jalan Duta.

Susulan itu, warga kota yang pulang dari tempat kerja terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dari Jalan Loke Yew sehingga ke lokasi di Jalan Kuching, susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE).


Bagaimanapun, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Difahamkan, premis itu bukan sahaja menyimpan aksesori, alat ganti kereta terpakai malah turut menempatkan berpuluh-puluh kereta potong.


Namun, punca kebakaran masih dalam siasatan.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026