Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jentera Mewah Ini Berjaya Tawan Laluan Setinggi 5,882 Meter

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kali ini, Lamborghini Urus melakukan satu kelainan luar biasa apabila melakukan pemanduan tertinggi di dunia di beberapa wilayah di India baru-baru ini.

Lamborghini berkenaan dikatakan menelusuri jalan  dikenali sebagai Umling La Pass dimana ia terletak pada ketinggian 5,882 meter di rantau Ladakh, India.

Ini membuatkan kerajaan India mengiktiraf laluan terbabit sebagai jalan pemanduan beraltitud paling tinggi di dunia.

Bagaimanapun, Lamborghini berkenaan dikatakan berjaya menawan laluan yang penuh dengan selekoh itu selama dua hari bermula 8 hingga 9 Oktober lalu.

“Ini merupakan satu momen yang cukup membanggakan buat Lamborghini, di mana SUV Urus berjaya menawan laluan pemanduan paling tinggi di dunia itu dengan mengharungi laluan Umling La Pass,” kata Ketua Operasi Lamborghini di India, Sharad Agarwal.

Untuk makluman anda,  Umling La Pass merupakan salah satu jalan raya  paling mencabar yang pernah dibina oleh Pertubuhan Jalan Sempadan (BRO).

Laluan itu dikatakan siap sepenuhnya pada Ogos lalu.

Umling La Pass menggandingkan laluan konkrit dan batu kelikir, dengan suhu mampu mencecah sehingga -40 darjah Celcius, dan kelajuan angin yang berubah antara 40 km/j hingga 80 km/j.

“Sepanjang pemanduan sejauh 87.5 km, Urus menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dengan menggunakan mod pemanduan Terra dan Sport di atas jalan yang lebih tinggi altitudnya berbanding kem yang terletak di Gunung Everest,” ujar Sharad.

Lamborghini Urus dijana dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 641 hp dan 850 Nm. Ia mampu memecut 0-100 km/j hanya dalam 3.6 saat dan kelajuan tertinggi 305 km/j.

Lamborghini Urus ialah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Super pertama di dunia yang menggabungkan ciri kereta super sport dengan fungsi SUV.


Gallery

Tag:

Lamborghini Urus
Urus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sampai Hati Rosakkan Lamborghini Bos

Gara-gara bengang dibuang kerja, seorang lelaki tergamak merosakkan kereta mewah Lamborgini Urus milik majikannya di Taman Melawati, Ampang, baru-baru ini.

30-08-2024
Global

Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!

Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario.

19-08-2024
Global

Auto China 2024: Lambo Urus SE, 789 Hp, V8 PHEV

Enjin V8 dan sistem PHEV membuatkannya ia mampu menghasilkan kuasa setakat 789 hp dan tork 950 Nm.

25-04-2024
Global

Urus Performante, Edisi Terhad, Ada 40 Biji Je

Lamborghini menayangkan Lamborghini Urus Performante "Essenza SCV12" Limited Edition.

18-05-2023
Global

Lamborghini Catat Keuntungan RM3.2 Bilion Tahun 2022, 56% Lebih Tinggi

Pengeluar kereta Itali, Lamborghini, telah mendedahkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2022.

24-03-2023
EV

Ikuti Langkah Syarikat Supercar Lain, McLaren Juga Bakal Bangunkan SUV?

Kini pengeluar supercar British, McLaren pula akan mengeluarkan sebuah SUV selepas Lamborghini, Aston Martin dan Ferrari.

17-10-2022
Berita Auto

Pengganti Lamborghini Huracán Guna Enjin V8 Dengan Sistem Hibrid?

Lamborghini dikhabarkan bakal mengeluarkan supercar dengan enjin V8 turbo berkembar serta sistem hibrid.

21-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026