Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pihak Polis Melakukan Intipan Untuk Mengesan Dalang Perbuatan Khianat Itu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hasil intipan pihak polis sejak beberapa hari lalu akhirnya membawa penahanan seorang lelaki yang melakukan perbuatan khianat dengan membaling batu ke arah kenderaan dari Jambatan Bandar Darulaman, Kedah.

Pihak polis terpaksa membuat intipan selepas menerima dua laporan kenderaan rosak akibat terkena batu di lokasi terbabit. Malah, pihak PLUS juga pula menerima  tiga laporan berhubung kejadian sama.

Oleh itu, sepasukan anggota polis dikerahkan untuk mengesan dalang insiden berkenaan menyebabkan suspek berusia 34 tahun berjaya diberkas kelmarin selepas dia didapati mahu membaling batu ke arah kenderaan yang lalu-lalang di bawah jambatan berkenaan.


Bagaimanapun, cubaan lelaki itu berjaya digagalkan apabila dia dicekup oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah Kubang Pasu, Jitra.

“Hasil intipan mendapati suspek yang menaiki  motosikal jenis Honda Wave dilihat berhenti di atas jejambat berkenaan. Tidak lama kemudian, dia dilihat turun dari motosikal dan mengambil sesuatu daripada raga motosikalnya.

“Anggota polis terus menghampiri suspek ketika dia cuba mengambil sesuatu dari raga motosikalnya,” kata  Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan.



Apa yang mengejutkan pihak polis apabila suspek mengakui dia melemparkan batu ke arah beberapa kenderaan gara-gara tidak puas hati dengan pemandu-pemandu lori yang pernah menghimpit motosikalnya sebelum ini.

Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas lelaki itu juga mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dam dadah.

Kes kini disiasat di bawah seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan suspek yang terlibat dengan dadah juga akan disiasat di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026