Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Polis Buru Individu Baling Batu Dari Jambatan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang pemandu mengalami detik mencemaskan apabila sebiji batu besar dilemparkan ke arah kenderaannya sehingga menyebabkan cermin hadapannya pecah.

Video dashcam yang dikongsi di Facebook menunjukkan kejadian itu berlaku di Jambatan Bandar Darulaman di Kilometer 32.6 Lebuhraya Utara Selatan pada Sabtu lalu.


Berdasarkan rakaman video itu, pemandu berkenaan dilihat sedang memandu lorong kanan namun sebaik dia menghampiri jambatan terbabit, sebiji batu besar dibaling ke arah cermin hadapannya.

Video berkenaan turut menunjukkan beberapa  biji batu dilemparkan dari atas jambatan terbabit namun pemandu itu mampu mengawal keadaan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Turut kelihatan seorang individu berdiri di atas jambatan tersebut. 

Difahamkan, pemandu berkenaan sudah pun membuat laporan polis dan meminta video tersebut diviralkan supaya mereka yang melalui jalan tersebut supaya lebih berhati-hati. Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


“Kita sedang kenal pasti suspek yang terlibat termasuk menyiasat sama ada unsur khianat atau sebaliknya,” katanya.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Pempengaruh Bukannya Lemas, Rupanya Larikan Diri Selepas Tenggelamkan Kereta Bini

Sanggup menyusahkan pihak berkuasa demi kepentingan diri.

19-07-2025
Berita Auto

Tragedi UPSI: Bas Dipandu Dua Kali Ganda Had Laju!

Bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju jadi punca nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melayang.

19-07-2025
Berita Auto

Dalam 10 Hari, Proton X50 Facelift 2025 Terima 5,000 Tempahan!

Proton X50 Facelift 2025 nampaknya sudah menyerlahkan daya penariknya kerana baru sahaja sekitar 10 hari tempahan dibuka, lebih 5,000 unit telah ditempah.

19-07-2025
Berita Auto

Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan

Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi.

18-07-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.

18-07-2025
Berita Auto

JPJ Bantu Pemandu Lesen PSV, GDL Yang Pernah Digantung Lesen, Laksana Kursus Pemulihan

JPJ akan melaksanakan projek rintis kursus pemulihan bagi pemegang Lesen Vokasional untuk Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Kenderaan Barangan (GDL) yang digantung, mulai November depan.

18-07-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Berita Auto

Imej Render Perodua Bezza Generasi Baharu Oleh Theophilus – Lancar Tahun Ini?

Proses pembangunan Bezza baharu dari Perodua kini dipercepatkan, dan model ini dijangka bakal muncul lebih awal, iaitu seawal tahun ini.

17-07-2025