Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Stellantis Umum Pihaknya Telah Ambil Alih Syarikat Naza Automotive Manufacturing Sdn.Bhd

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengeluar kereta Stellantis mengumumkan pihaknya telah mengambil alih sepenuhnya syarikat NAZA Automotive Manufacturing Sdn. Bhd termasuk kilang pengeluarannya yang terletak di Gurun, Kedah baru-baru ini.

Pengambilalihan ini menandakan pencapaian terbesar bagi Stellantis di Asia Tenggara.


Malah, syarikat itu dilaporkan berhasrat untuk melabur dan mahu melebarkan sayapnya   secara besar-besaran.

Naib Presiden Kanan, Pengedar Am & ASEAN di Stellantis, Christophe Musy berkata, Stellantis komited untuk meningkatkan kehadirannya di ASEAN.

“Ia merupakan satu langkah penting untuk syarikat berkenaan bagi mengukuhkan operasinya termasuk pengeluaran output dan tenaga kerjanya di rantau ini.

“Kami mempunyai  strategi pertumbuhan yang akan membolehkan kami membina daripada output sedia ada kami di Gurun, selain meluaskan jenama dan model di dalam portfolio Stellantis yang dibina di ASEAN untuk ASEAN. Sudah pastinya, ia merupakan perancangan yang cukup menarik,” katanya.

Terdahulu, Stellantis melancarkan Peugeot 3008 and 5008 yang julung kalinya dihasilkan di kilangnya yang terletak di Gurun itu.

Sementara itu, model Peugeot 2008 yang sudah lama dinantikan dilaporkan akan mula dipasang bulan ini di Gurun.



Menurut Musy, pihaknya mahu memfokuskan misi untuk menjadi pengeluar berkelas dunia di Gurun selain berhasrat untuk menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi untuk Asia Tenggara.

Kilang yang terletak  di Gurun itu dilaporkan telah mencapai kadar pengeluaran pra-pandemik sejak operasinya dibuka semula.

“Walaupun pandemik, kami melihat peningkatan permintaan pelanggan ke atas Peugeot di rantau ini. Kami kini sedang bekerjasama dengan rakan niaga kami untuk meningkatkan kapasiti kilang hampir 40 peratus  bagi memenuhi permintaan,” tambahnya.

Sebelum ini, ia beroperasi menerusi hasil kerjasama dengan Naza Corporation namun  Stellantis telah mendapat pemilikan sepenuhnya ke atas kilang  tersebut pada 28 Oktober lalu. 

Oleh itu, lebih 170 orang kakitangan telah kembali bekerja dan Stellantis kini bekerjasama dengan lebih 50 pembekal tempatan memandangkan produksi kian meningkat pada suku keempat 2021. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Minyak Turun! Tapi 4 Sen Sahaja

Harga petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun 4 sen bermula esok hingga 20 Ogos ini.

13-08-2025
Berita Auto

Lebih 2,300 Hidupan Liar Mati Dilanggar, Paling Banyak Hidupan Liar Mati Di Laluan JRTB

NRES mendedahkan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan dikenal pasti sebagai satu daripada jalan raya yang paling banyak mencatatkan insiden haiwan mati dilanggar.

13-08-2025
Berita Auto

Proton, Touch N Go Jalin Kerjasama, Maka Semua Proton X50 Facelift 2025 DIpasang Dengan RFID

PROTON dan Touch ‘n Go Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama untuk memasang teknologi RFID Touch ‘n Go ke dalam Proton X50 Facelift 2025 yang dilancarkan Julai lalu.

13-08-2025
Berita Auto

Lalu Terowong SMART Tanpa Had Dengan Pas Hanya RM68 Sempena Merdeka

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68, orang ramai boleh malalui terowong SMART tanpa had dengan Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP) yang ditawarkan pada harga hanya RM68.

13-08-2025
Berita Auto

Projek MEX 2 Masih Tak Siap, Kerajaan Sedang Cari Penyelesaian

Agensi Pusat sedang memuktamadkan perbincangan dengan pihak Penerima dan Pengurus (R&M), bertujuan mendapatkan kaedah penyelesaian terbaik bagi menyiapkan baki keseluruhan projek Lebuhraya MEX2.

13-08-2025
Berita Auto

Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.

12-08-2025
Berita Auto

Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.

12-08-2025
Berita Auto

KKR Jamin Projek Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) Dari Ketereh-Kok Lanas Siap Tahun Depan

Projek KBKK tertangguh disebabkan proses pengambilan balik tanah, penyelarasan utiliti, kekurangan tenaga kerja, cuaca tidak menentu, dan kenaikan harga bahan binaan.

12-08-2025