Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Industri Automotif Bantu Mangsa Banjir

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tersentuh dan prihatin dengan musibah banjir yang melanda di beberapa negeri membuatkan sebilangan syarikat pengeluar kereta  tampil meringankan beban mangsa banjir.

Ini membuatkan Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) menjadi syarikat pertama menawarkan bantuan kepada pemilik kenderaan Perodua yang terkesan akibat bencana banjir.


Susulan itu, ramai yang mula mengikuti langkah Perodua. Antaranya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), BMW Group Malaysia dan UMW Toyota Motor.

Terbaharu, VPCM menawarkan diskaun 30 peratus untuk alat ganti dan upah untuk pemilik yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Tawaran ini bermula dari sekarang sehingga 28 Februari 2022. Mereka boleh mendapatkan servis berkenaan di mana-mana pusat servis sah Volkswagen.

Malah, semua pemilik kereta Volkswagen boleh membuat bayaran ansuran sehingga enam atau 12 bulan dengan kadar faedah sifar peratus namun tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi menebus baucar sokongan bantuan banjir, pemilik boleh memuat turun aplikasi Volkswagen Cares baharu (Apple App Store/Google Play Store).


Sementara itu, BMW Group Malaysia pula mengumumkan penurunan kos sebanyak 20 peratus bagi pembaikan komponen jentera pemilik BMW, MINI dan BMW Motorrad yang terkesan akibat bencana banjir.

Pusat pengedar sah BMW turut menawarkan rebat bernilai RM300 bagi kos tunda buat para pemilik yang terjejas.

Bagaimanapun, pengurangan dan rebat itu hanya sah sehingga 31 Januari depan.


Dalam perkembangan sama, UMW Toyota pula,  menawarkan program khas Toyota Flood Assist kepada para pelanggan yang terjejas akibat banjir.

Diskaun 25 peratus itu melibatkan jumlah bil yang perlu dibayar termasuk alat ganti dan kos buruh, beserta percuma servis menunda, penilaian dan juga sebut harga kos pembaikan yang merangkumi penyingkiran komponen yang terjejas.

Syarikat juga menawarkan menawarkan Pelan Pembayaran Mudah dengan kadar faedah sifar peratus bagi pelanggan yang layak.

Oleh itu, kesemua Pusat Servis Toyota, serta pusat Badan dan Cat di seluruh negara akan kekal dibuka berikutan musim banjir ini.

Para pemilik Toyota boleh menghubungi 24SEVEN Road Assist yang dibuka setiap hari.


Selain Perodua, BMW, Toyota nampaknya, Mercedez-Benz Malaysia juga tidak ketinggalan dalam meringankan beban mangsa banjir.

Ini berikutan pihaknya turut menawarkan diskaun 30 peratus untuk pembaikan semua alat ganti, kos tundaan kenderaan secara percuma dan penilaian kos pembaikan percuma, serta pelan ansuran dengan kadar faedah sifar peratus terhadap kos pembaikan.

Tawaran ini hanya sah sehingga 31 Januari 2022.

Kepada semua pemilik yang terjejas, anda boleh menghubungi mana-mana pengedar sah Mercedes-Benz, bantuan tepi jalan atau pusat khidmat pelanggan Merceddes-Benz.

Caricarz mendoakan semua mereka yang terjejas akibat banjir akan mendapat segala bentuk sokongan dan bantuan yang diperlukan.



Tag:

Perodua
Toyota
bmwgroup
volkswagen 2021
Mercedes Benz Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto
Tips

Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun

Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?

08-03-2026
Tips

Berapa Kali Tekan Push Start Button? Ini Penjelasan PERODUA

Perodua tampil memberi penjelasan mengenai cara menekan Push Start Button dengan betul.

25-02-2026
Berita Auto

Kumpulan Pantai Bahru Kukuhkan Kedudukan Dengan Lancar Bilik Pameran Perodua

Kumpulan Pantai Bharu terus memperkukuh kehadirannya dalam industri automotif dengan melancarkan Era Baharu Perodua 3S Pantai Bharu sempena pembukaan rasmi bilik pameran dan pusat servis terbaharunya di Batu 1, Jalan Meru di Klang, baru-baru ini.

20-02-2026
EV

Berapakah Jumlah Tempahan Perodua QV-E? Ini Jawapan Bos Besar Perodua!

Ini dia jumlah tempahan Perodua QV-E setakat ini.

05-02-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026