Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Xpander : Pamer Ciri Terbaharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaharunya, Xpander pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia ke-28 baru-baru ini.

Ia menampilkan warna-warna baharu seperti Quartz White Pearl, Graphite Gray Metallic, Jet-Black Mica, Red Metallic dan Deep Bronze Metallic.


Model baharu dikatakan telah dinaik taraf dimana rekaannya kelihatan lebih bergaya dan menjadi kenderaan lebih mesra alam dimana ia menawarkan transmisi boleh ubah berterusan (CVT) yang lebih cekap.

Melihat kepada kerangka jentera ini, Xpander dibina dengan lebih kukuh dan generasi baharu kali ini tampil dengan bampar belakang mendatar dan skid plat tiga dimensi. 

Sementara itu, ia hadir dengan lampu depan bentuk-T dan lampu berhenti jenis LED juga agak baharu untuk meningkatkan daya penglihatan ketika waktu malam. 


Bahagian hadapannya kelihatan lebih menonjol kerana adanya Dynamic Shield selain dilanjutkan 75mm ke depan dan 45mm ke belakang.

Ia hadir dengan rim aloi 17 inci selain rekaan dua tona.

Hanya eksklusif untuk model trim tertinggi, panel instrumennya telah diubah suai, menawarkan ruang yang lebih luas manakala pad lembut diperbuat daripada kulit sintetik untuk perehat lengan dan trim pintu.

Disusuli dengan bahagian stereng yang sporty  dengan saiz dan bentuk cengkaman yang telah  direka semula. Ia sebenarnya bertujuan untuk membantu kawalan stereng yang lebih baik.

Bahagian dalamannya, tempat duduk barisan kedua kini dilengkapi dengan pemegang cawan yang dibina di bahagian perehat lengan. 

Malah, ia juga dilengkapi dengan pengecas model Type-A dan Type-C termasuk tray berkapasiti besar dan perehat lengan.


Susun atur grafiknya di bahagian kluster instrumen juga kelihatan agak mengagumkan apabila terdapat skrin LCD di panel penghawa dingin.

Seiring dengan usahanya untuk mencapai kenderaan mesra alam, Xpander menggunakan CVT yang berkecekapan tinggi. 

Malah, bagi mencapai penggunaan bahan api yang rendah tanpa menjejaskan prestasi enjin, sistem EGR (edaran semula gas ekzos) luaran juga telah dipasang pada enjinnya.

Selain itu, brek parkir elektrik membolehkan kenderaan ini berhenti dengan hanya menekan satu suis.

Lebih menarik,  fungsi auto-hold brek baharu membolehkan Xpander kekal berada dalam keadaan berhenti walaupun pemandu melepaskan kaki dari pedal brek semasa menunggu lampu isyarat atau dalam kesesakan lalu lintas. 


Bagi sistem suspensinya, tahap ketegaran strut depan telah ditingkatkan manakala saiz silinder penyerap hentak belakang telah diperbesarkan.

Injap berprestasi tinggi telah disepadukan di bahagian depan dan belakang menyebabkan model terbaharu Xpander menawarkan pemanduan yang lancar dan selesa.

Terdapat dua jarak pelepasan tanah ditawarkan: 220mm untuk CVT dan 225mm untuk model MT.



Jadi, apakah pendapat anda mengenai Xpander terbaharu ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini! 

Gallery

Tag:

: Mitsubishi
mitsubish xpander
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Berita Auto

MMM Sumbang Triton Kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

MMM menyumbangkan sebuah trak pikap Triton kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

10-09-2022
Global

Mitsubishi Tayang K-EV dan Vision Ralliart Concept

Mitsubishi Motors Corporation menayangkan tujuh model keretanya termasuk dua kereta konsep pada pameran Tokyo Auto Salon 2022 baru-baru ini.

11-03-2022
Berita Auto

Xpander Dinobatkan Sebagai Crossover 7 Tempat Duduk Terlaris Malaysia

Mitsubishi XPANDER berjaya mencapai tahun prestasi jualan terbaik.

10-01-2022
Berita Auto

Pusat 3S Itu Terletak Di Kota Damansara

Pusat terbaharu itu akan dikendalikan olehMillenium Autohaus Sdn Bhd.

09-11-2021
Berita Auto

Shinya Ikeda Kini CEO Baharu MMM

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan pihaknya melantik Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya.

20-10-2021
Berita Auto

MMM Sumbang Sebuah Trak Kepada Dignity Farm School

MMM mendermakan sebuah trak pikap, Triton 4x4 kepada Dignity Farm School yang terletak di Bentong, Pahang baru-baru ini.

16-10-2021
Berita Auto

Mitsubishi Triton Cipta Sejarah, Rekod Lagi Jualan Tertinggi

Tempahan Mitsubishi Triton melonjak menyebabkan model itu menguasai 34 peratus pasaran pikap di Malaysia

07-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026