Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kini Semua Boleh Naik Kereta EV: Program GoEV GoCar

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GoCar baru-baru ini telah melancarkan program GoEV sebagai langkah untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

Untuk tujuan ini, GoCar menyediakan sebanyak 25 unit Nissan Leaf generasi terbaharu yang dikuasakan oleh teknologi elektrik sepenuhnya. Program GoEV ini kini menjalankan projek rintis perkongsian dan langganan EV dalam kawasan Lembah Klang.


Sejumlah tiga zon perkongsian kereta EV telah ditempatkan di lokasi-lokasi utama untuk memudahkan orang awam mengakses perkhidmatan ini.  Lokasi-lokasi tersebut ialah GoCar Malaysia Petaling Jaya, MyTown Cheras dan Avenue K di KL City Centre.

 

Untuk melipatgandakan lagi usaha ini, GoCar telah menetapkan sasaran untuk menambah sehingga 10  zon GoEV pada penghujung tahun ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, "Perjalanan Malaysia masih jauh untuk mengejar penggunaan EV dan infrastrukturnya. Walau bagaimanapun, kami percaya, melalui perkongsian dan langganan kereta, kami dapat menggalakkan penggunaan secara besar-besaran.  Kami berasa sangat bersemangat untuk membawakan akses EV yang mampu milik kepada orang awam.  Dengan cara ini, semua orang dan bukan hanya golongan tertentu dapat merasai pengalaman gaya hidup EV."


Program GoEV ini dibuka kepada semua pemandu yang berusia 18 tahun dan ke atas.  Orang ramai yang ingin memilih daripada mana-mana pelan yang ditawarkan sama ada GoEV Share atau GoEV Subs hanya perlu mendaftar sebagai ahli GoCar.

 

Buat masa ini, pilihan yang disediakan hanyalah untuk perjalanan pergi balik sahaja.  Ini bermaksud EV hanya disediakan untuk pengambilan dan perjalanan pulang dalam zon yang sama dan juga bagi penggunaan jangka pendek pada kadar jam atau harian. 

 

Selain itu, sempena pelancaran GoEV, GoCar kini menawarkan potongan sebanyak 25 peratus untuk kesemua perjalanan pergi balik bagi tempahan yang dibuat sebelum 31 Januari, 2022 dengan kod promo 'TRYGOEV.'


Namun begitu, pengguna juga boleh membuat langganan jangka panjang selama 36 bulan dengan bayaran RM2,299 sebulan. 

 

Yang menariknya, caj ini adalah termasuk cukai jalan, insurans, servis biasa dan juga kemudahan pengecas kotak dinding di rumah.

 

Bukan itu sahaja, untuk menghilangkan kerisauan pengguna EV tentang jarak perjalanan kereta, GoCar turut menyediakan kad ChargEV percuma di dalam setiap kenderaan.

 

Kad ini membolehkan pengguna mengakses hampir kesemua 300 stesen pengecasan yang terdapat di seluruh negara. Pelanggan GoEV boleh menggunakan stesen pengecasan yang terletak dalam zon GoEV secara percuma.

Jadual di atas menunjukkan senarai kadar yang terlibat dan juga pelan yang ditawarkan.  Sebagai info, anda dapat menikmati harga yang lebih murah untuk jangka masa tempahan yang lebih panjang.

 

Tempahan GoEV cukup mudah untuk dilakukan kerana anda hanya perlu muat turun aplikasi mobil GoCar.

 

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melakukan pendaftaran, memuat naik dokumen yang diperlukan, membuat semakan ketersediaan kereta, membayar dan juga mengunci atau membuka kunci kereta.


Pelanggan tidak perlu membuat pra tempahan, namun GoCar menawarkan pemulangan deposit sekuriti bagi pelan langganan.

 

Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan etika perkongsian yang baik dan memastikan kereta dipulangkan dalam keadaan bersih.


Layari https://hi.gocar.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau muat turun aplikasi GoCar untuk membuat pendaftaran sekarang.

Gallery

Tag:

gocar
GoEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kempen GoCarLah: Diskaun Hingga 30 Peratus, Guna EV Percuma 3 Jam!

GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan kini sedang mengadakan kempen ‘GoCarLah.'

29-07-2022
EV

GoCar, EV Connection Jalin Kerjasama: Akses Stesen Pengecas EV Dipermudah

GoCar Malaysia menjalinkan kerjasama dengan EV Connection.

26-07-2022
Berita Auto

GoCar Tawar Diskaun Untuk Khidmat Share Round Trips Sempena Tahun Baharu Cina

GoCar mengumumkan promosi terbaharunya sempena Tahun Baharu Cina.

27-01-2022
Berita Auto

Servis Kereta Anda Dengan GoCar. Mudah, Tiada Caj Tersembunyi

GoCar Malaysia telah melancarkan kempen GoLadies baru-baru ini.

22-10-2021
EV

Sewa Kereta Elektrik GoEV Kini Hampir 50% Lebih Murah!

Peneraju platform perkhidmatan mobiliti, GoCar Malaysia, hari ini telah mengumumkan kadar harga terbaharu.

09-02-2023
EV

GoCar Catat Lebih 500K KM Setelah Setahun! Tawar Potongan Hingga 70%

Setahun selepas dilancarkan pada bulan Disember tahun lalu, peneraju platform perkongsian kereta, GoCar Malaysia, kini meraikan pencapaian perjalanan lebih 500k.

09-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026