Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berjaya Kutip Dana RM3 Juta Untuk Kembangkan Bisnes

Suhana Veru

Kongsi melalui
Pasaran automotif paling pesat berkembang dan platform berita digital, Caricarz melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mendapatkan dana sebanyak RM3 juta menerusi platform pendanaan Pitchin baru-baru ini.

Sebanyak 47 pelabur swasta terlibat dalam aktiviti pengumpulan dana itu dimana rata-ratanya merupakan pemain industri automotif dan pengedar kereta terpakai.



Difahamkan, dana itu akan digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan projek baharu untuk memenuhi keperluan pembeli dan pengedar kereta.

“Kami menerima respons yang cukup baik daripada orang ramai ketika kami mencari pembiayaan untuk pendanaan berkenaan.

“Kami mendapati bahawa terdapat lebih banyak jalan penyelesaian yang sebenarnya boleh ditawarkan kepada pelanggan, pihak pengedar dan pembeli. Oleh itu, Caricarz tertarik untuk menghasilkan lebih banyak servis semata-mata menyediakan pengalaman yang cukup hebat untuk para pelanggan,” kata Pengasas Caricarz, James Goh
 
Menurut Goh, pembeli kereta sering kali keliru dengan pelbagai pilihan kereta, kurang pasti dengan keadaan kereta dan servis pengedar kereta ketika membeli kereta.

Sebaliknya, pengedar kereta pula berpendapat ia agak mencabar terutama dalam menarik pembeli yang berpotensi. 

Susulan itu, Caricarz telah melancarkan Search-Hero bagi membantu pembeli dalam membuat pemilihan kereta.

Lebih menarik, pihak syarikat membantu dalam mengesahkan keadaan kenderaan sebelum mendaftarkannya secara dalam talian.
Malah, syarikat juga bersedia untuk menyeragamkan servis dan waranti pengedar kereta. 

Pada masa sama, syarikat juga akan menghubungkan pembeli berpotensi dengan pengedar kereta sekali gus tindakan ini dilihat memberikan akses ke pasaran yang lebih meluas.



Pendek kata, para pengedar mampu mendapatkan lebih banyak stok menerusi langganan di platform Caricarz.
“Pada masa depan, kami bakal memperkenalkan Premier Selection dan akan bekerjasama dengan syarikat aplikasi mudah alih bagi memudahkan pembeli serta pengedar kereta untuk mengakses platform Caricarz.

“Dengan adanya perkhidmatan seumpama ini, kedua-dua pihak akan berasa lebih yakin terutama ketika membeli dan menjual kereta menerusi platform Caricarz,” ujarnya.

Berdasarkan rekod bulanan, Caricarz berjaya merekodkan kira-kira 300,00 pelawat manakala bagi halaman Facebook, Caricarz mampu meraih  621,000 penglibatan. 

Sementara itu bagi kandungan video Caricarz pula, ia dikatakan berjaya menarik 289,000 tontonan. Setakat ini,  terdapat kira-kira 2,500 pembeli kereta di platform Caricarz.

Gallery

Tag:

Caricarz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

18-08-2022
Berita Auto

18-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026