Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Guna Cat Seberat 45 KG Untuk Satu Kereta? Ini Dia Info Tentang Rolls-Royce Black Badge Ghost Terbaharu!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Rolls Royce baru-baru ini telah memperkenalkan model Black Badge yang tercanggih setakat ini, kereta yang melambangkan konsep rekaan Post Opulence terkini. 


Apa itu Post Opulence?


“Post Opulence” secara bahasanya bermaksud “pasca kemewahan,” manakla secara istilahnya pula membawa maksud kemewahan yang tidak berlebih-lebih, penekanan kepada minimalisme dan kesucian.


Kebanyakan pelanggan Rolls Royce Ghost tidak menyukai rekaan yang terlalu berlebihan atau penuh dengan gimik tetapi sangat menghargai sesuatu yang berkualiti tinggi dan penuh perincian.


Rolls-Royce sebelum ini telah memperkenalkan Wraith dan Ghost pada tahun 2016, sebelum diikuti oleh Dawn pada tahun 2017 dan Cullinan pada thaun 2019. Kini hadir pula dengan Black Badge Ghost terbaharu yang diberikan sentuhan berkonsepkan ‘Post Opulence’ serta dilengkapkan dengan teknologi tercanggih.


LUARAN KERETA


Pelanggan boleh memilih mana-mana daripada 44,000 warna yang ditawarkan untuk mendapatkan rekaan Ghost yang unik mengikut citarasa, namun kebanyakannya memilih warna hitam gelap yang juga merupakan warna ikonik model ini. Apa yang menariknya, bagi menghasilkan warna hitam pekat yang tidak pernah dilihat digunakan pada mana-mana jenama kereta lain, sebanyak 100 lbs atau 45 kg cat diperlukan. Proses pewarnaan kereta ini dilakukan oleh sekumpulan pekerja mahir menggunakan tangan. 



Untuk menyempurnakan pandangan luaran kereta, ia dilengkapkan pula dengan rim ‘bespoke’ bersaiz 21 inci dalam rekaan khas untuk Black Badge Ghost yang dihasilkan dengan 44 lapisan gentian karbon.


KABIN KERETA

Bergerak ke bahagian dalam, aura mewah kereta cukup terserlah. Bahan-bahan yang digunakan untuk kemasan ruang dalam kereta sejajar dengan falsafah rekaan Post Opulent.

Elemen-elemen kayu seperti Bolivar berwarna hitam yang menjadi asas rekaan disempurnakan dengan kemasan daripada bahan-bahan lain seperti karbon bersalut resin, dan juga benang bersalut logam.


HAMBURAN KUASA

Gaya gah Black Badge ini disepadankan juga dengan prestasi yang menakjubkan. Model baharu ini menggunakan enjin yang sama seperti dahulu iaitu enjin V12 6.75L turbo kembar. Namun begitu, enjin ini telah ditala untuk merealisasikan peningkatan kuasa sehingga mampu mencapai 592 hp kuasa kuda dan 900 Nm tork. Ini membolehkan Black Badge Ghost meluncur daripada 0-100 km/j dalam hanya 4.7 saat. Cukup menakjubkan untuk sebuah kereta dengan berat 2.5 tan. 


.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai model ini, sila layari rolls-roycemotorcars.com

Gallery

Tag:

Rolls Royce
Black Badge
Ghost
Rolls Royce Black Bagde Ghost
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

01-03-2024
Global

14-01-2024
Global
Global

06-10-2023
Global

07-03-2023
Global

03-12-2022
Global

18-10-2022
Global

08-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026