Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Prototaip Acura Integra Didedahkan - Harga Bermula RM125K

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita baik kepada peminat kereta  Acura. Ini berikutan Acura Integra telah membuat kemunculan semulanya dengan melancarkan model prototaip Acura Integra  baru-baru ini.

Nampaknya, jentera yang dijual sekitar RM125,000 bakal menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.  Apa tidaknya, Acura yang cukup terkenal ini sebenarnya dihasilkan di AS, maka tidak hairanlah ia akan memasuki pasaran AS terlebih dahulu.


Ia yang dijana oleh enjin 1.5 liter  VTEC turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan menyebabkan ia mampu menghamburkan kuasa pada takat 200 hp dan tork 260 Nm.

Berdasarkan bentuk prototaipnya, ia menerima warna badan Indy Yellow Pearl. Warna itu  melambangkan penghormatan kepada warna Phoenix Yellow yang ditawarkan pada Honda Integra Type R pertama iaitu Integra DC2 Type R.


Barisan Acura ini juga menampilkan sedan sport ILX dan TLX, kenderaan utiliti sukan RDX , MDX, varian Type S yang berprestasi tinggi termasuk  supercar NSX elektrik.


Melihat  bahagian sisinya, tertera perkataan “Integra” yang sekali gus menonjolkan lagi warna latar belakangnya. 

Perkataan ‘INTEGRA’ turut diukir pada bampar – di bawah lampu kiri hadapan dan kanan belakang – sama seperti model-model Integra generasi sebelum ini.


Dilengkapi dengan rim aloi 19 inci, kaliper brek besar berwarna kuning selain tip ekzos yang dikatakan mampu mengimbangkan seluruh bahagian bamparnya.

Turut kelihatan, lengkungan roda belakang yang kelihatan agresif dengan kemasan dua ekzos. Bagi menyerlahkan lagi kerangka jentera ini, bahagian bumbung spoiler, diffuser belakang dan gril hadapan dihiasi dengan warna hitam.


Ciri-ciri ini dilihat meningkatkan lagi citarasa gaya moden kereta itu sendiri selain tampil lebih gah!

Ia  turut bercirikan gril Diamond Pentagon yang hadir tanpa kerangka selain dipadankan dengan lampu hadapan LED Jewel Eye sekali gus menonjolkan wajah gaya signatur terkini Acura.


Rekaan bahagian belakang Acura juga berjaya mencuri perhatian dengan adanya logo besar di tengah-tengah jentera berkenaan.

Untuk makluman anda, generasi kelima Acura ini hadir dengan lima pintu di mana ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku untuk supercar memandangkan ia didatangkan dengan bonet panjang.


Gallery

Tag:

Acura
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Acura Kongsi Teaser SUV EV Konsep Berprestasi Tinggi – Bakal Diperkenalkan Di AS

Acura, dilaporkan akan memperkenalkan kereta konsep elektrik terbarunya di pameran kereta Monterey Car Week.

12-08-2024
Berita Auto

Pengeluaran Global Honda Turun 6.4% Tahun 2022

Honda baru-baru ini telah mengumumkan angka pengeluarannya bagi tahun 2022.

03-02-2023
Pandu Uji

Antara TLX Type S Dan IS 500 F Performance, Yang Mana Lebih Ummph!

Untuk makluman anda, Acura dan Lexus merupakan kereta sedan sporty yang dihasilkan dengan prestasi tinggi sekali gus sering menarik perhatian peminat kereta ini.

16-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026