Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Anda Kini Boleh Servis Kereta Hanya Di Hujung Jari!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tahukah anda, terdapat lebih 17 juta pemilik kenderaan berdaftar di negara ini sekali gus menjadikan Malaysia menduduki tangga tertinggi dalam pemilikan kereta di Asia Tenggara.

Sebaliknya berdasarkan satu kajian, kira-kira 90 peratus daripada jumlah itu mendapati pemilik kenderaan sebenarnya kurang pengetahuan dalam penyelenggaran kenderaan mereka.


Untuk itu, aplikasi Autonest dilancarkan bagi membantu pemilik kereta untuk servis kereta hanya di hujung jari.  


Ia dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di ibu negara semalam. 


Ka Siong (tengah) ketika merasmikan majlis pelancaran aplikasi Autonest di ibu negara, semalam.

Ka Siong berkata, aplikasi berkenaan akan memudahkan pemilik kereta menyelenggara kereta mereka selain mampu menjimatkan kos.

"Melalui aplikasi Autonest, pemandu kenderaan kini boleh  servis dan menyelenggara kereta mereka dengan lebih efisien terutamanya menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Autonest.

Beliau menambah bahawa sepanjang sembilan bulan pertama 2020 dan 2021, hampir 4,634 (2020) dan 3,302 (2021) kematian akibat kemalangan jalan raya dilaporkan.


“Selain faktor manusia, isu penyelenggaraan kereta merupakan satu lagi faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

“Jadi, saya berharap kesemua pemilik kereta supaya menyelenggara kereta mereka bagi mengurangkan jumlah kemalangan akibat kerosakan kenderaan,” katanya.

Turut hadir, Pengasas Autonest, David Bong dan Ketua Pemasaran and Penasihat, PUSPAKOM Sdn Bhd, Datuk Ooi Win Juat.

Sementara itu, Pengasas Autonest Sdn. Bhd., David Bong berkata, pihaknya menyasarkan aplikasi Autonest  menjadi platform solusi kenderaan nombor satu di negara ini.


DAVID

Sehingga hari ini, sebanyak 500 peserta berkaitan industri automotif telah menyertai aplikasi tersebut dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pengguna.

“Aplikasi ini memudahkan orang ramai untuk menyelenggara kereta. Apa yang anda perlu buat ialah hanya membuat janji temu untuk mendapatkan tarikh servis kenderaan  pada bila-bila masa," katanya.

Ketika ini, pihaknya memberi tumpuan  di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan melebarkan sayap di negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur untuk memberi platform terbaik kepada pemain industri automotif serta para pengguna menikmati kemudahan online tersebut.

David menyasarkan sebanyak 10,000 para pemain industri automotif akan menyertai aplikasi tersebut dalam tempoh dua tahun.

Sehubungan itu, anda boleh memuat turun aplikasi Autonest ini di Apple Store dan Google Play.

Tag:

kementerianpengangkutan
autonest
Wee Ka Siong
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jangan Salah Faham Mengenai Denda Cermin Gelap

Anthony tampil membuat penjelasan mengenai penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

02-11-2023
Berita Auto

Tiada Kepakaran Punca CVR Dihantar Ke Luar Negara

Nahas Elmina: CVR rosak teruk telah dibawa ke Singapura untuk keluarkan data kokpit.

21-08-2023
Berita Auto

Patutlah KL Selalu Sesak

KL selalu sesak, ini sebabnya..

20-05-2023
EV

EV M'sia Bakal Guna No Plat Khas

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan nombor plat khas untuk EV.

18-05-2023
Berita Auto

Ada Lesen B, Baru Boleh Beli Superbike?

Pakar mencadangkan kepada kerajaan supaya menguatkuasakan peraturan baharu dengan hanya membenarkan mereka yang mempunyai lesen B penuh untuk membeli motosikal berkuasa tinggi.

19-01-2023
Berita Auto

Perhatian Buat Pemandu Kenderaan Barangan, Anda Diharamkan Guna Jalan Raya Bermula Tarikh Ini ..

Larangan pemanduan (road ban) akan dikuatkuasakan ke atas kenderaan barangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina

16-01-2023
Berita Auto

Terima Banyak Aduan, Anthony Loke Turun Padang

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membuat tinjauan perkhidmatan KTM Komuter baru-baru ini.

16-12-2022
Berita Auto

Kerajaan Izin Teksi, e-Hailling Rentas Negeri, Daerah Ketika Lockdown

Perkhidmatan teksi dan kenderaan e-panggilan dibenarkan beroperasi antara daerah dan negeri kerana diklasifikasi sebagai perkhidmatan perlu.

24-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026