Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bilangan Pemandu Ditambah Bagi Melancarkan Proses Ujian Apple Car

Suhana Veru

Kongsi melalui

Apple Inc dikatakan sedang berusaha untuk menaik taraf sistem kereta pandu sendirinya baru-baru ini.

Desas-desus mengatakan bahawa Apple berhasrat untuk melancarkan kereta elektriknya,  Apple Car  menjelang tahun 2025.

Bagi melancarkan ujian kereta elektriknya, Apple sanggup menambahkan lagi bilangan pemandu sekali gus menjadikan angka keseluruhannya kini sebanyak 137 pemandu.

Untuk rekod, ia cuma memiliki 54 pemandu pada Mei tahun lalu. 


Menurut portal berita automotif, autoevolution.com, program kereta tanpa pemandu, yang dikenali sebagai Projek Titan telah mencapai satu tahap.

Apple dikatakan telah membincangkan perjanjian pembuatan kereta itu dengan rakan kongsinya namun malangnya, rundingan  berkenaan dilaporkan telah menjadi terlalu rumit.

Turut dilaporkan bahawa Apple Inc berhasrat untuk bekerjasama dengan pembuat kereta bukan elektrik untuk memantau projek berkenaan.

Ini kerana mereka yakin bahawa pengeluar kereta konvensional mempunyai keupayaan untuk mengendalikan proses pembuatan kereta.


Oleh itu, beberapa rundingan sedang dibuat termasuk dengan Hyundai namun tidak membuahkan hasil memandangkan tiada mana-mana pengeluar kereta bersedia untuk menjadi pengeluar kereta kontrak untuk Apple.

Bagaimanapun, usaha sama antara Magna dan LG kini berada di fasa akhir untuk mendapatkan kontrak daripada Apple. Sebaliknya, Apple pula masih mempertimbangkan pilihan lain.

Untuk makluman anda, LG telah keluar dari pasaran telefon pintar secara rasmi  sejak beberapa tahun lalu.

LG kini dilihat cuba untuk memasuki pasaran automotif dan sudah mula membekalkan motor, pek bateri dan komponen untuk General Motors dan Tesla.


Gallery

Tag:

Apple Car
Apple Inc
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi
Berita Auto

26-05-2022
Berita Auto

Orang Lain Boleh Akses Apple Car Tanpa Kunci? Ini Caranya!

Dari tahun 2014 lagi Apple telah menguar-uarkan usaha untuk membangunkan kereta mereka sendiri.

30-08-2021
Berita Auto

10-02-2021
Teknologi
EV

26-01-2024
Teknologi

21-12-2023
Berita Auto

10-02-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026