Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Audi A8 Tampil Dengan Rekaan Dalaman Lebih Selesa & Teknologi Lebih Canggih

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Audi A8  yang terbaharu tampil dengan konsep rekaan dalaman menarik yang menggabungkan keselesaan dan emosi. Konsep ini digunakan dalam rekaan ruang dalam Audi bagi memenuhi keinginan pelanggan yang telah berubah.  Aspek-aspek seperti masa, ruang dan pilihan individu dilihat semakin menjadi tumpuan. Dalam masa yang sama, keinginan terhadap kualiti tradisional sesebuah kenderaan tetap penting – daripada pengalaman pemanduan hinggalah kepada kualiti bahan yang digunakan.  



Rekaan dalaman sesebuah kereta dipengaruhi oleh banyak faktor, umpamanya kualiti, kemampanan bahan, keselesaan, infotainmen dan logik kawalan.


Salah satu aspek yang menjadi fokus utama model terbaharu ini ialah keselesaan. Penumpang dapat duduk dengan selesa pada tempat duduk yang boleh dilaraskan secara fleksibel. Selain itu, turut terdapat tempat letak kaki bagi penumpang kerusi belakang.  Tempet letak kaki ini boleh digunakan sebagai alat pemanas dan pengurut kaki. Menariknya, ia boleh dilaraskan kepada pelbagai darjah kedudukan.



Sebagai sebuah Audi, semestinya aspek teknologi kereta tidak diabaikan. Ciri menarik yang terdapat pada kereta ini ialah lampu depan LED matriks digital dengan teknologi DMD.  DMD atau peranti mikro-cermin  digital (digital micromirror device) ialah sejenis LED yang berkuasa tinggi. LED ini dipecahkan kepada piksel kecil iaitu kepada sebanyak 1.3 juta cermin mikro untuk setiap lampu. Hasilnya, lampu depan kereta boleh dikawal pada tahap ketepatan dan juga resolusi yang tinggi.



A8 turut dilengkapi OLED ( diod pemancar cahaya organik) sebagai ciri standard untuk lampu belakang.



Lampu belakang kereta juga dilengkapi ciri pengesan pergerakan berdekatan (proximity detection) – sekiranya terdapat kenderaan yang mendekati A8 semasa tidak bergerak daripada belakang (dalam jarak 2 meter), kesemua lampu OLED akan diaktifkan secara automatik.



Audi A8 cukup dikenali sebagi sebuah model yang tangkas dengan ciri pemanduan dinamik.  Semua pembaharuan ini dapat memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan.


Ciri pengendalian semua roda menjadikan Audi A8 kereta yang sesuai untuk penggunaan di atas jalan raya bandar. Suspensi aktif prediktif  A8 cukup penting kerana ia membolehkan badan kereta dikawal secara aktif ketika pecutan dan semasa membrek, sekali gus mengurangkan olengan badan kereta.


Beijing merupakan rumah kepada pasukan penyelidikan Audi Innovation Research (AIR). Keperluan terhadap peralatan teknikal dan rekaan yang sofistikated cukup tinggi dalam kalangan pelanggan negara China, lebih tinggi berbanding negara lain.  Peralatan atau tool penting lain yang digunakan Audi ialah Audi Innovators Circle (AIC). Melalui AIC, maklum balas dan kenyataan yang dikongsikan melalui aplikasi chatting berkenaan penggunaan kereta atau gaya hidup dikumpulkan.


Pembaharuan yang dibuat ke atas A8 mengekalkan model ini sebagai model andalan Audi yang telah menggerakkan usaha inovasi Audi.  Audi sentiasa memperkenalkan teknologi terkini bermula dengan A8 sebelum diikuti oleh siri keluaran lain.

Gallery

Tag:

audi a8
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026