Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelancaran Pertama Honda Malaysia Untuk Tahun 2022: Honda Civic Bermula Dari RM125K!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan Honda Civic generasi ke-11 dengan harga bermula daripada RM125,634.64 tanpa insurans.



Seperti yang pernah disebutkan dalam artikel Civic RS  sebelum ini, Honda Civic diperkenalkan dalam tiga varian – E, V dan RS. 


Kesemua varian menggunakan enjin VTEC berpengecas turbo 1.5L yang menghamburkan kuasa 180 hp dan tork 240 Nm.  Kuasa disalurkan melalui transmisi boleh ubah berterusan (CVT) yang telah diperbaik.



Kebanyakan informasi berkenaan varian RS telah didedahkan dalam artikel sebelum ini, kali ini kami akan kongsikan pula maklumat berkenaan varian E dan V.


Mengenai ciri luaran kereta, varian E dilengkapi lampu depan auto, DRL LED, lampu belakang LED dan antena sirip jerung.  Varian ini turut memiliki paparan audio bersaiz 7 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Bunyi dikeluarkan melalui empat buah speaker. Bagi tempat duduknya pula, varian E menggunakan  upholsteri fabrik.




Berbeza dengan varian lebih tinggi, V tampil dengan ciri yang lebih bersifat premium.  Bagi sistem infotainmennya, V dilengkapi skrin paparan bersaiz lebih besar iaitu 9 inci yang juga memiliki fungsi sama seperti varian E namun hadir dengan fungsi tambahan lain iaitu sambungan dengan Apple CarPlay tanpa wayar. Varian ini memiliki lapan buah speaker untuk audio yang lebih imersif. Untuk tempat duduknya pula, varian V menggunakan upholsteri kulit.



Bagi ciri keselamatan, kesemuanya hadir dengan enam beg udara, ISOFIX I-Size Type, kunci pintu auto, ABS, EBD, HSA, ESS, pemantau perhatian pemandu dan penggera keselamatan dengan pelumpuh. Honda kini turut melengkapkan kesemua varian dengan sistem Honda Sensing baharu.



Varian V hadir dengan pakej perkhidmatan telematik Honda Connect, cermin pandang belakang boleh malap automatik dan cermin solek bercahaya. Ciri-ciri ini tidak ditawarkan pada E.  Berbanding dengan Honda Civic generasi sebelum ini, fungsi kawalan iklim dua zon kini tidak lagi ditawarkan kepada mana-mana varian. Satu berita yang agak mengecewakan.



Honda Civic ditawarkan dalam lima warna iaitu Ignite Red Metallic, Meteoroid Gray Metallic, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic dan Crystal Black Pearl.


Honda Civic generasi ke-11 ini ditawarkan pada harga RM125,634.64 untuk varian E dan  RM138,043.36 untuk varian V.  Sementara itu, varian tertinggi iaitu RS pula berharga  RM144,350.09.  Pembelian datang dengan jaminan selama lima tahun, tanpa had perjalanan dan juga servis penyelenggaran percuma sebanyak lima kali.



Honda menyasarkan sasaran jualan sebanyak 900 unit. Namun tempahan yang terkumpul telah pun melebihi sasaran iaitu sebanyak 1200 unit. Daripada 1200 unit yang ditempah, 30 peratus daripadanya ialah varian E, 40 peratus ialah V dan 30 peratus RS.


Proses penghantaran akan mengambil masa kira-kira satu ke dua bulan bergantung kepada varian. 

 

 


Gallery

Tag:

Honda Civic
hondamalaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2024
Global

02-08-2024
Berita Auto

01-02-2024
Global

19-01-2024
Global

17-01-2024
Global

22-03-2023
Global

09-01-2023
Berita Auto

04-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026