Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mampukah Had Laju 30 km/j Kurangkan Kadar Kemalangan Di Jalan Raya?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sejauh manakah had laju 30 kilometer sejam mampu memastikan keselamatan jika rakyat Malaysia tidak buang sikap mementingkan diri di atas jalan raya?

Apakan tidak, statistik Polis Diraja Malaysia mendedahkan bahawa satu kematian dicatatkan setiap 84 minit akibat kemalangan jalan raya.

Punca kematian disebabkan  sikap pengguna jalan raya sendiri yang  gemar melanggar lampu isyarat dan membuat pusingan secara haram.


Mengambil kira faktor itu,  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dikatakan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan had laju 30 km/j bagi mengurangkan kadar kemalangan di ibu negara.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Datuk Suret Singh.

Beliau memberi bayangan itu selepas mengadakan  kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.


 Suret  (dua dari kiri) dan Mahadi ketika mengadakan pertemuan pada 7 Januari lalu.

“Ia masih dalam status pertimbangan. Miros akan bekerjasama dengan DBKL untuk melaksanakan had laju 30km/j di beberapa kawasan tertentu di ibu kota,” katanya dalam satu ciapan Twitter baru-baru ini.

Selain had laju 30 km/j di ibu kota, beberapa zon lain juga akan dikenakan had laju 50 km/j namun spesifikasi laluan masih belum didedahkan.

Untuk makluman anda, langkah itu diambil bagi membolehkan orang ramai menguruskan keselamatan dengan lalu lintas jalan raya dengan sebaik mungkin  selain ia mampu mewujudkan kawasan yang selamat, sihat, hijau dan sesuai didiami.

Namun sejauh manakah langkah ini berkesan jika  netizen sendiri masih memilih sikap mementingkan diri ketika berada di jalan raya.

Sebaliknya, apakah pendapat anda mengenai cadangan ini? Adakah ia mampu mengurangkan kadar kemalangan? 

Apapun, jangan lupa kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Tag:

miros
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
MIROS Lancar Program Didik Keselamatan Jalan Raya Untuk Murid Sekolah

MIROS Lancar Program Didik Keselamatan Jalan Raya Untuk Murid Sekolah

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menganjurkan Program Didik Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan TTDI (2), baru-baru ini.

26-09-2024
Berita Auto
Perodua Axia E Terus BIKIN PANAS!

Perodua Axia E Terus BIKIN PANAS!

Perodua Axia E yang baru diperkenalkan pada minggu lalu bukanlah model baharu.

22-06-2023
Berita Auto
Jangan Sibuk Layari Media Sosial Ketika Memandu

Jangan Sibuk Layari Media Sosial Ketika Memandu

PDRM menasihatkan orang ramai jangan layari media sosial ketika memandu.

26-04-2023
Berita Auto
Ini 40 Dashcam Terbaik Berdasarkan CamScore MIROS & CyberSecurity Malaysia

Ini 40 Dashcam Terbaik Berdasarkan CamScore MIROS & CyberSecurity Malaysia

Senarai 40 dashcam yang telah diuji oleh MIROS dan CyberSecurity Malaysia.

04-11-2022
Berita Auto
Jom Belajar Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Dengan Miros

Jom Belajar Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Dengan Miros

MIROS akan mengadakan Pemeriksaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak pada 15 Oktober ini

06-10-2022
Berita Auto
17 Kematian Penunggang P-Hailing Tahun Lepas, MIROS Dedahkan Antara Tindakan Berbahaya Dibuat Segelintir Pembonceng

17 Kematian Penunggang P-Hailing Tahun Lepas, MIROS Dedahkan Antara Tindakan Berbahaya Dibuat Segelintir Pembonceng

Seramai 17 orang penunggang motosikal p-hailing terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian pada tahun lepas.

19-04-2021
Berita Auto
Penggunaan tali pinggang masih rendah dalam kalangan rakyat

Penggunaan tali pinggang masih rendah dalam kalangan rakyat

Penggunaan tali pinggang sebenarnya dapat mengurangkan risiko kematian di jalan raya.

16-03-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur