Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kehadiran Mazda CX-50 Didedahkan - Tampil Ranggi & Luas!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mazda telah mendedahkan satu lagi keluaran baharu, Mazda CX-50, kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz sederhana yang menjadi pesaing kepada kereta-kereta seperti Honda CR-V dan Toyota RAV4 dalam pasaran Amerika Utara.



Model ini sangat berbeza dengan CX-5 yang dianggap sebagai adik-beradik kepada SUV baharu ini.  CX-5 memiliki ruang yang agak sempit, sementara Mazda CX-50 pula lebih luas dan lapang.

 

Dari segi rekaan,  model baharu ini kelihatan lebih lasak dan ranggi dengan garisan sudut yang lebih banyak terutamanya pada bahagian dapra.  Sudut depannya dilengkapi gril besar yang menjadi trademark Mazda. Pandangan hadapan kereta disempurnakan dengan lampu depan yang berbentuk tajam di samping liang kemasukan udara pada bahagian tepi yang berada dalam kedudukan menegak. Selain itu, turut terdapat garisan cahaya melintang yang halus dan pencahayaan aksen bersepadu.




Rel bumbung, tiang B dan jenang pintu juga telah diperkukuh supaya muatan yang dibawa boleh diletakkan pada bahagian atas CX-50 tanpa sebarang masalah.


Bergerak ke bahagian dalam, Mazda CX-50 hadir dengan gaya dalaman yang juga beraura ranggi seperti di luar namun dalam masa yang sama tetap mengekalkan ciri premium. 



Kali ini Mazda tampil dengan material campuran untuk tempat duduknya yang diinspirasikan daripada peralatan outdoor untuk menampakkan sisi 'macho' kereta.  But kereta telah direka semula untuk memudahkan mereka yang berjiwa lasak dan suka melakukan aktiviti luar.  Warna baharu,  terracotta, turut ditawarkan sebagai pilihan. Tidak cukup dengan itu, ciri lain yang menambahkan lagi keunikan kereta ialah bumbung suria panoramik, ciri yang pertama kali ditawarkan oleh Mazda.

 



Mazda telah mengesahkan bahwa CX-50 akan menggunakan trenpacuan semua roda atau AWD beserta ciri Mazda Intelligent Drive Select (Mi-Drive) dengan mod pemanduan off-road secara standard. Terdapat desas-desus mengatakan model ini akan dihasilkan berdasarkan platform Skyactiv-Vehicle Architecture seperti Mazda 3 dan CX-30.  Namun, persoalan sama ada model ini akan menggunakan rasuk kilasan untuk suspensi belakang yang sama seperti kereta lain yang menggunakan platform sama, masih tidak diketahui.



Mazda CX-50 akan ditawarkan dalam dua versi iaitu versi enjin petrol 2.5L aspirasi natural (NA) dan enjin 2.5T SkyActiv berpengecas turbo. Kuasa akan disalurkan melalui transmisi automatik enam kelajuan secara standard. Kuasa output kereta masih tidak diketahui namun kita boleh menjangkakan kuasa sama seperti Mazda 3 dan Mazda CX-30. Untuk model ini, kereta dengan enjin NA memiliki 186 kuasa kuda dan 252 Nm tork, sementara itu versi enjin turbo pula memiliki 227 kuasa kuda dan 420 Nm tork.  Bukan itu sahaja, versi yang menggunakan trenkuasa hibrid juga bakal ditawarkan pada masa akan datang. Sistem ini dikatakan akan dihasilkan dengan kerjasama Toyota.

 

Pengeluaran CX-50 akan dimulakan pada awal tahun 2022 di kilang Mazda Toyota Manufacturing (MTM) yang berlokasi di Huntsville, Alabama.  Kereta ini akan menjadi model Mazda pertama yang dihasilkan di kilang ini.

Gallery

Tag:

Mazda
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
Berita Auto

Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang

Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.

03-07-2025
Global

Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.

25-06-2025
Berita Auto

Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.

20-06-2025
Global

Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?

Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.

18-06-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K

Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.

03-06-2025
EV

Mazda-CATL Sasar Hasilkan EV Baharu Dengan Pantas, Selamat

Mazda Motor Corporation mengumumkan kerjasama dengan pengeluar bateri terkemuka China, Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL).

14-05-2025
EV

Auto Shanghai 2025: Mazda EZ-60 Didedah, Mungkin Masuk Malaysia?

Mazda secara rasminya memperkenalkan SUV elektriknya, EZ-60 pada pameran Auto Shanghai 2025 yang sudah pun membuka tirainya pada pagi tadi.

23-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Chery Labur RM2.2 Bilion Tubuhkan Ekosistem Automotif Pintar Lengkap Di Selangor

Syarikat automotif dari China, Chery, memperluaskan pengaruhnya di Malaysia dengan tumpuan terhadap negeri Selangor.

24-09-2025
Berita Auto

RON95 Hanya Untuk Rakyat Malaysia: Kereta Nombor Plat Asing Tidak Boleh Beli RON95

Walaupun harga RON95 sudah diapungkan mengikut harga pasaran namun kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak dibenarkan membeli petrol RON95.

24-09-2025
Berita Auto

9 Jenis Pengangkutan Awam, 12 Sektor Logistik Terima Harga Subsidi RON95 Pada RM2.05 Seliter

Petrol RON95 akan dijual pada kadar bersubsidi RM2.05 seliter untuk kenderaan komersial yang layak membabitkan sembilan jenis pengangkutan awam dan 12 sektor logistik.

24-09-2025
Berita Auto

6 Stesen MRT Laluan Putrajaya Ditutup, Untuk Kerja Baik Pulih

Enam stesen perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya ditutup sementara bagi membolehkan kerja baik pulih susulan gangguan bekalan kuasa yang berlaku jam 5.54 pagi tadi.

24-09-2025
Berita Auto

RON95 Turun RM1.99 Seliter, Rakyat Boleh Jimat RM200 Dalam Sebulan

Rakyat boleh menjimatkan wang sebanyak RM200 sebulan selepas harga RON95 diturunkan nanti.

24-09-2025
Berita Auto

Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.

23-09-2025
Berita Auto

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025
Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025