Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ia Mampu Melakukan Jarak Pemanduan Sejauh 1,000km Dengan Kapasiti Penuh

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mercedes mendedahkan kereta konsep Vision EQXX yang dikatakan mampu mencapai jarak pemanduan lebih 1,000 kilometer dengan kapasiti bateri penuh.

Begitupun, kereta salon elektrik ini akan dijual sekitar tahun 2024.


Prototaip ini masih mampu menawarkan julat yang lebih tinggi tanpa perlu meningkatkan saiz bateri.

Apa yang paling menarik mengenai jentera ini ialah ia juga berupaya bergerak lebih jauh meskipun kapasiti bateri berada dalam jumlah yang sedikit.

Dengan memiliki jarak pemanduan lebih 1,000 km, EQXX dilihat mencapai angka yang menakjubkan dengan mengurangkan penggunaan tenaga di bawah 10 kWj setiap 100 km.


Kenderaan dikatakan dibina dengan satu bahagian kecil yang menampilkan satu saluran udara  sempit selain terdapat logo bintang Mercedes.

Menjengah bahagian depannya, bahagian bamparnya kelihatan agak licin kerana mahu memberikan kesan kepada kecekapan aerodinamiknya.

Bagi mengurangkan gangguan seretan di bahagian cermin sisi, maka terdapat saluran udara penghawa dingin berkembar di atas bonet dan bukannya di bawah kereta. 

Lampu belakang yang melengkung menampilkan rekaan potongan yang cukup dramatik di bahagian belakangnya.


Sebaliknya, apabila ia berada pada kelajuan tinggi, peresap belakangnya  dikatakan mampu mengurangkan daya seretan.

EQXX dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 20 inci dan tayar Bridgestone Turanza Eco yang dikatakan menawarkan rintangan golekan ultra-rendah kerana digabungkan  dengan teknologi Enliten inovatif.


Mengenai trenkuasa elektriknya pula, ia dikatakan memiliki kecekapan tenaga elektrik hampir 95 peratus daripada kapasiti bateri 150kW.

Pemacu itu terdiri daripada motor, transmisi dan kuasa elektronik yang dibangunkan secara bersama oleh Mercedes-AMG dan bengkel High Performance Powertrains (HPP) Formula 1 Mercedes-AMG Petronas di Brixworth, United Kingdom.

EQXX juga mempunyai sistem pengurusan haba yang canggih yang menjimatkan tenaga haba dan meminimumkan seretan penyejukan. 

Saiznya kecil dan ringan kerana penjanaan haba yang sedikit dan ia saling mempengaruhi antara pengatup gril aktif, inajp penyejuk dan pam air.

Menjengah bahagian dalaman yang  berukuran 1,206mm lebar dan mempunyai skrin resolusi 8k dan menggunakan sistem navigasi 3-dimensi yang mampu memberikan imej satelit jelas.


Apa yang pasti, kenderaan ini mendapat sistem kawalan suara "Hey Mercedes'' yang lebih canggih. Ia dikatakan menggunakan teknologi baharu yang dikenali sebagai pengkomputeran neuromorfik dimana ia dikawal melalui  otak pemandu.

Meskipun boleh dikawal menggunakan minda pemandu, ia tidak bermakna otak anda yang akan memandu kereta itu  sepenuhnya.

Lebih menarik, kabinnya dibina dari bahan-bahan lestari yang dikitar semula, termasuklah fabrik seperti sutera Biosteel, balutan kulit dari cendawan, kulit bebas-haiwan dari gentian kaktus, dan karpet berasaskan buluh.

EQXX mendapat sistem bunyi sekeliling "4D", namun telah direka bentuk semula untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

Malah, pembuat suaranya telah direka menjadi lebih kecil dan diletakkan lebih dekat dengan telinga penumpangnya bagi mengelak sebarang gangguan.

Mercedes berkata, EQXX dibangunkan dengan begitu pantas selain pihaknya , menggunakan peralatan pembangunan digital dan ujian maya bagi memendekkan tempoh pembuatannya kepada  18 bulan.

 Biarpun, kereta berkenaan tidak akan memasuki ke bahagian pengeluaran, namun pihaknya telah menghasilkan kenderaan masa depan, termasuk model elektrik kompak dan sederhana yang dibina berdasarkan Seni Bina Modular Mercedes-Benz (MMA).



Gallery

Tag:

Mercedes Benz
Mercedes Benz EQXX
EQXX
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kegiatan Sorok Kereta Mewah Import Dalam Gudang Akhirnya Dikesan Kastam

Sebuah gudang tamat lesen menyembunyikan 14 buah kenderaan mewah import tanpa pembeli sejak lima bulan lalu akhirnya terbongkar.

28-10-2025
Berita Auto

Merc Terbakar: Nasib Pemandu, Penumpang Sempat Keluar

Tular di internet yang menunjukkan sebuah Mercedes-Benz terbakar di tepi jalan.

19-02-2024
Global

CLE Cabriolet Nampak Sporty Sebab Bumbungnya

Tempahan Mercedes-Benz CLE Cabriolet sudah dibuka.

08-02-2024
Berita Auto

Hati-Hati Keluar Duit!

Suspek guna parang, kayu besbol pecahkan kereta.

31-12-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…

27-03-2023
Berita Auto

Tempoh Menunggu Mercedes-Benz Cecah 6 Bulan

Tempoh menunggu Mercedes-Benz Malaysia cecah 6 bulan.

25-07-2022
EV

Mercedes-Benz EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Mercedes-Benz Malaysia telah mendedahkan tiga model baharu termasuk EQB dan EQC.

24-07-2022
Berita Auto

Mercedes Panggil Semula Hampir 1 Juta Model Lama Di Seluruh Dunia

Mercedes-Benz, memanggil semula hampir 1 juta model lama di seluruh dunia.

06-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025