Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peugeot Landtrek Tempa Nama di Afrika Selatan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Nampaknya, Peugeot kini dilihat mula meningkatkan kehadirannya di persada global apabila ia memperkenalkan jentera terbaharunya iaitu Peugeot Landtrek.

Untuk makluman anda, trak pikap ini mula menembusi pasaran automotif Afrika Selatan. 


Di negara itu, ia menawarkan dua varian: 4x2  dan 4x4  double cab dimana ia didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu diesel dan petrol.

Menyentuh mengenai harganya pula, Allure Double Cab 4x2 dijual pada harga  579 900 rand (RM151, 632.83) manakala, 4x4 pula  669,900 rand (RM175,166.12).

Katanya, netizen di Afrika Selatan menggelarnya sebagai Bakkie kerana mempunyai kehadiran yang agak kukuh di negara berkenaan.

Dilengkapi dengan turbin geometri boleh ubah 16-injap, varian diesel yang dijana dengan enjin 1.9L turbodiesel mampu menghasilkan 150 hp dan tork 350Nm selain dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Sementara itu, enjin petrol 2.4L turbo pula mampu menghamburkan kuasa 210 hp dan tork 320 Nm. Enjin petrol ini dipadankan dengan   kotak gear manual enam kelajuan Getrag atau automatik enam kelajuan Punch dengan mod Sport dan Eco.


Bagi menguji ketahanan jentera ini, trap pikap berkenaan telah diuji hampir dua juta kilometer dalam pelbagai cuaca dan keadaan permukaan jalan raya.

Hasilnya, ia membuktikan bahawa jentera ini sesuai untuk keperluan pelanggannya terutama di Timur Tengah dan Afrika

Malah, ia turut menawarkan kapasiti menunda 3.5 tan, mempunyai  kemampuan offroad yang agak baik selain  mudah dibaik pulih. 

Ia juga didakwa mempunyai ruang kargo paling besar dalam segmennya. Bahagian kargonya itu dilengkapi dengan lampu LED dan soket 12 voltan.


Melihat luarannya, ia memiliki ciri tersendiri kerana memiliki personaliti kuat dan digabungakn dengan gaya terbaharu Peugeot.  Ia menawarkan kemasan gril secara menegak selain dipadankan dengan logo Singah di tengah-tengahnya selain terdapat lampu LED menegak.

Bagi bahagian kabinnya, kita akan menemui skrin  sesentuh definisi tinggi 10 inci dengan sambungan Apple CarPlay/Android Auto dan hard drive 10 GB.

Ia juga dilengkapi dengan beberapa ciri keselesaan daripada kenderaan utility sukannya. Ia terdiri daripada sambungan berkelajuan tinggi termasuk toggle yang menyediakan akses kepada semua fungsi.


Menurut syarikat itu, tempat duduk belakang Landtrek ini boleh dilipat 60/40 selain apabila kerusi direbahkan ke bawah, ia mampu  menampung berat barang sehingga 100 kg.

Selain itu, ia menawarkan ruang tempat duduk yang agak selesa dan bergaya selain menawarkan perehat tangan di bahagian hadapan.

Malah,  ruang penumpang yang luas dan selesa dengan ruang bahu selebar 1550 mm serta ruang lutut sekurang-kurangnya 50 mm sekali gus memastikan keselesaan kepada semua penumpangnya.

Dari segi keselesaan, sudah pastinya pemandu dapat merasai pengalaman teknologi terkini termasuk keseronokan pemanduan seolah-olah seperti SUV kerana terdapat stereng dua jejari sporty yang disertakan dengan penyaman udara zon dwi automatik.

Bagi memudahkan pemandunya dalam urusan meletekkan kereta, ia dilengkapi dengan kamera undur dan sensor kereta. 


Terdapat juga kamera off-road yang diletakkan di cermin pandang belakang dan kamera panaromik 360°. Ia bertujuan untuk memudahkan pemanduan pemandu jika menghadapi sebarang halangan atau lorong sempit.

Dari segi ciri keselamatan, ia Untuk kelengkapan keselamatan, ia mempunyai enam beg udara, ESP, Kawalan Turun Bukit, Pengatur Anti-Gelinciran (ASR) untuk kedua-dua versi 4×2 dan 4×4, Amaran Keluar Lorong, Kawalan Ayunan Treler dan Isofix di tempat duduk belakang.

Para pelanggan juga boleh memilih 28 aksesori yang disediakan untuk Landtrek ini.


Gallery

Tag:

peugeot
Peugeot Landtrek
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza

Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza

06-06-2023
Global

25-01-2023
Video

Review Peugeot 2008 Malaysia | SUV Euro Segmen B yang serba Canggih!

Inilah Peugeot 2008 generasi kedua! Peugeot 2008 hadir untuk bersaing dengan SUV segmen B yang lain seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Proton X50. Dengan enjin yg lebih power, adakah Peugeot 2008 pilihan SUV utama anda?

05-10-2022
Berita Auto

07-07-2022
Berita Auto

E-Rifter dan E-Traveller, Kenderaan Penumpang Elektrik Peugeot Ini Boleh Cecah Jarak Sehingga 330KM!

Peugeot semakin rancak menggunakan teknologi elektrik untuk keluaran-keluaran terbaharu.

23-02-2022
Berita Auto

Terima 10,000 Tempahan, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Van 100% Elektrik Peugeot

Peugeot kini menawarkan PEUGEOT e-EXPERT, van elektrik yang menggunakan kuasa elektrik 100 peratus.

03-02-2022
Berita Auto

21-01-2022
Berita Auto

Peugeot Lancar Logo Baharu

Logo itu akan dipasang pada Peugeot 308 pada 18 Mac ini.

26-02-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026