Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMW Toyota Motor, Yayasan Raja Muda Selangor Berkolaborasi Hulur Bantuan Banjir

Sofea Najmi

Kongsi melalui

UMW Toyota Motor telah berkolaborasi dengan Yayasan Raja Muda Selangor untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti Sungai Lui yang terkesan dengan insiden banjir baru-baru ini yang telah menjejaskan beberapa kawasan dalam negeri Selangor. Bantuan disumbangkan melalui program 'Back On Your Feet.'


Sebanyak RM10,000 telah disumbangkan kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Lui untuk membantu sekolah ini melakukan proses baik pulih kerosakan disebabkan banjir.  Toyota juga telah menyumbangkan pelbagai peralatan rumah yang penting kepada keluarga dengan rumah yang terlibat dalam bencana.


Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, kolaborasi dengan Yayasan Raja Muda Selangor dapat memastikan usaha yang maksimum dalam menyalurkan sokongan kepada mangsa banjir di Sungai Lui.



Ravindran turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan UMW Toyota Motor yang telah menjadi sukarelawan dalam proses pembersihan rumah-rumah di beberapa kawasan yang terkesan di negeri ini, bersama-sama dengan sokongan daripada sukarelawan Yayasan Raja Muda Selangor.


Selain itu, pengeluar kereta antarabangsa ini turut menyumbangkan baucar diskaun sebanyak RM1,000 kepada pemilik yang kenderaan mereka rosak akibat banjir. Toyota turut menawarkan diskaun sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan caj baik pulih kereta terbabit banjir.


Untuk bantuan, pemilik Toyota yang terlibat dalam insiden banjir boleh menghubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8- 869682 (1-800-8-TOYOTA). Untuk maklumat lebih lanjut tentang program bantuan banjir Toyota, layari www.toyota.com.my. 


Gallery

Tag:

UMW Toyota Motor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi

Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.

10-07-2026
Kereta Baru

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Kereta Baru

Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000

Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).

29-04-2025
Berita Auto

Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan

UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.

18-04-2025
Berita Auto

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026