Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Xpander Dinobatkan Sebagai Crossover 7 Tempat Duduk Terlaris Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mitsubishi XPANDER berjaya mencapai tahun prestasi jualan terbaiknya dengan jualan sebanyak 7,397 unit daripada bulan Januari hingga Disember 2021.


Jualan trak pick-up Mitsubishi Triton turut menunjukkan peningkatan sehingga 34 peratus atau 9,268 unit.


Secara keseluruhannya, jualan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah meningkat sebanyak 91 peratus atau 17,489 unit berbanding tahun lalu.


"Walaupun setahun lagi diganggu oleh Covid-19, kami bersyukur kepada pelanggan yang telah memberikan kepercayaan, keyakinan dan kesetiaan terhadap jenama Mitsubishi Motors.


Kami berasa gembira kerana XPANDER telah berjaya mencapai prestasi jualan yang kukuh disebabkan oleh tempoh insentif bebas cukai.



Di Mitsubishi Motors, kami kini sedang meningkatkan jumlah pengeluaran untuk XPANDER bagi menampung kapasiti pembuatan yang lebih tinggi dan untuk memenuhi semua pemintaan tempahan," ujar Shinya Ikeda, Ketua Pengarah Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia.


Dalam perkembangan lain, untuk meringankan beban pengguna dalam insiden banjir baru-baru ini, Mitsubishi menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk alat ganti tulen dan 50 peratus untuk caj upah bermula hari ini hingga 20 Januari nanti.



Selain itu, syarikat turut menyediakan servis tundaan percuma.  Untuk mendapatkan servis ini, semua pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Mitsubishi Assist 24Hrs (MA24) di 1-800-88-2166.


Pemilik Mitsubishi yang mengaturkan khidmat tundaan tanpa bantuan MA24 dan insurans juga boleh mendapatkan rebat bernilai sehingga RM300.


Gallery

Tag:

: Mitsubishi
mitsubish xpander
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Berita Auto

MMM Sumbang Triton Kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

MMM menyumbangkan sebuah trak pikap Triton kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

10-09-2022
Global

Mitsubishi Tayang K-EV dan Vision Ralliart Concept

Mitsubishi Motors Corporation menayangkan tujuh model keretanya termasuk dua kereta konsep pada pameran Tokyo Auto Salon 2022 baru-baru ini.

11-03-2022
Berita Auto

Xpander : Pamer Ciri Terbaharu

MMC melancarkan Xpander terbaharunya pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia ke-28.

17-12-2021
Berita Auto

Pusat 3S Itu Terletak Di Kota Damansara

Pusat terbaharu itu akan dikendalikan olehMillenium Autohaus Sdn Bhd.

09-11-2021
Berita Auto

Shinya Ikeda Kini CEO Baharu MMM

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan pihaknya melantik Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya.

20-10-2021
Berita Auto

MMM Sumbang Sebuah Trak Kepada Dignity Farm School

MMM mendermakan sebuah trak pikap, Triton 4x4 kepada Dignity Farm School yang terletak di Bentong, Pahang baru-baru ini.

16-10-2021
Berita Auto

Mitsubishi Triton Cipta Sejarah, Rekod Lagi Jualan Tertinggi

Tempahan Mitsubishi Triton melonjak menyebabkan model itu menguasai 34 peratus pasaran pikap di Malaysia

07-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026