Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bentley Catat Prestasi Jualan Tinggi Walau Pandemik, Ini Angka Yang Berjaya Dicapai Di Seluruh Dunia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bentley Motors baru-baru ini mengumumkan peningkatan jualan sebanyak 31 peratus bagi tahun 2021 dengan jumlah jualan sebanyak 14,659 unit berbanding jualan pada tahun 2020 sebanyak 11,206 unit.

Pencapaian ini disumbangkan oleh beberapa faktor seperti pengenalan model baharu, portfolio produk yang segar dan peningkatan permintaan terhadap model-model hibrid Bentley yang terkini. 


Kejayaan yang berjaya dicapai dengan pengenalan model hibrid ini mengukuhkan kedudukan Bentayga dalam pasaran kerana prestasi jualan yang menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan lebih-lebih lagi pada tahun kelima penjualan model hibrid.

Bukan itu sahaja, turut membantu meningkatkan prestasi jualan Bentley ialah jumlah jualan keseluruhan Flying Spur di seluruh dunia yang cukup memberangsangkan. Faktor lain adalah pengenalan Continental GT Speed, serta 11 lagi derivatif lain.


Rekod prestasi jualan menunjukkan Bentayga memegang sebanyak 40 peratus jumlah jualan, Continental GT sebanyak 33 peratus. Sementara itu dari segi jenis kereta, sebanyak 60 peratus kerata yang terjual ialah coupe dan 40 peratus lagi ialah kereta berhud (convertible).

Berdasarkan laporan pencapaian jualan bagi tahun 2021, Bentley turut merumuskan bahawa jualan model Flying Spur bakal menunjukkan peningkatan lebih tinggi untuk tahun 2022.

Secara keseluruhannya, Amerika mengekalkan kedudukannya sebagai negara dengan jumlah jualan jenama kereta mewah Bentley yang tertinggi di dunia, lebih tinggi daripada yang pernah dicapai sebelum ini, manakala China pula hampir mencapai jumlah jualan yang sama dengan Amerika buat pertama kalinya dalam tempoh sedekad ini.


Sekiranya digabungkan, Amerika dan China menyumbang kepada lebih daripada separuh atau sebanyak 56 peratus jualan keseluruhan Bentley di peringkat global.

Untuk meningkatkan lagi angka ini, negara-negara di dalam rantau Amerika telah menghantar sebanyak 4,212 kereta, peningkatan sebanyak 39 peratus daripada tahun 2020 (3,035 unit kereta). Angka ini menjadikan rantau ini sebagai pasaran nombor satu Bentley dengan pengenalan Continental GT Speed dan juga jualan sepanjang tahun Flying Spur.


Pertumbuhan terbesar Bentley pula adalah untuk pasaran di negara China, menjadikan 2021 sebagai tahun kedua peningkatan prestasi jualan secara konsisten. 

Jualan pada tahun 2021 China meningkat sehingga 40 peratus (4,033 unit kereta), berbanding 2,880 pada tahun 2020. Model yang mendapat permintaan tinggi ialah Flying Spur dan Bentayga. 


Sementara itu, di negara Eropah pula, keseluruhan jualan tahunan mencecah 2,520 unit, lebih tinggi berbanding tahun 2020 dengan jualan sebanyak 2,193 unit. Peningkatan sebanyak 15 peratus ini adalah untuk seimbang untuk kesemua barisan model. 

Di UK, jenama ini terus menunjukkan prestasi jualan yang baik, mencatatkan jualan sebanyak 1,328 unit kereta atau peningkatan sebanyak 14 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Di Timur Tengah, Bentley telah menghantar sebanyak 915 kereta pada tahun 2021, lebih tinggi daripada tahun 2020 (735 unit).

Akhir sekali, rekod prestasi jualan di Asia Pasifik menunjukkan peningkatan sebanyak 37 peratus dengan penghantaran sebanyak 1,651 kereta berbanding 1,203 yang terjual pada tahun 2020.

Hallmark menyimpulkan, “Reaksi terhadap pengenalan pasaran Bentayga Hybrid dan juga penantian terhadap Flying Spur Hubrid menunjukkan laluan yang bakal dilalui sektor mewah ini yang mana kami telah diletakkan pada kedudukan yang kukuh. Angka-angka ini adalah pengesahan bahawa kami bukan hanya menerajui dalam sektor dari segi jualan dan pegangan pasaran, tetapi juga pelaburan dalam teknologi elektrik dan komitmen untuk menjadi syarikat kereta mewah pertama di dunia yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan bebas karbon.”

Gallery

Tag:

Bentley
Bentley Motors
Bentayga
Flying Spur
Continental GT
Continental GT Speed
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley

Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.

12-09-2024
Global

Flying Spur 2025, Guna Enjin V8

Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.

22-07-2024
Kereta Baru

Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta

Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.

04-04-2023
Berita Auto

Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.

12-01-2023
Berita Auto

YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.

06-09-2022
Kereta Baru
Teknologi

Bentley Sanggup Buat Pelaburan Besar Demi Tingkatkan Kapasiti AM

Bentley Motors melabur sebanyak £3 juta (RM16.8 juta) untuk meningkatkan kapasiti Pembuatan Aditif.

06-04-2022
Global

Bentley Menang Tiga Anugerah Di Tiga Negara, AS, UK, Jerman

Sebaik melangkah tahun 2022, grand tourer Bentley Continental GT berjaya merangkul tiga anugerah di tiga pasaran utama baru-baru ini

20-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Pusat 3S Mitsubishi Eon Auto Mart Kini Di Melaka Autocity

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama rakan pengedarnya, Eon Auto Mart (EAM), hari ini mengumumkan pemindahan dan naik taraf bilik pameran Mitsubishi Motors di Melaka.

16-11-2025
Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025