- Berita
- Berita Auto
- Harga Minyak Terkini Bagi 24 Februari - 2 Mac Ini

Harga minyak RON97 naik 2 sen bermula esok, 24 Februari hingga 2 Mac ini.
Ini menjadikan harga baharu RON97 ialah RM3.29 seliter berbanding RM3.27 yang pernah dikuatkuasa sebelum ini.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter manakala diesel juga kekal dijual pada RM2.15 seliter.
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
“Langkah ini diambil walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

