- Berita
- Berita Auto
- Harga Minyak Mingguan 3-9 Februari 2022
Anda mungkin boleh menarik nafas lega memandangkan tiada kenaikan harga minyak bermula hari ini hingga 9 Februari depan.
Ini berikutan Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Malah, harga runcit petrol RON97 juga kekal pada paras RM3.12 seliter.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari