Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lelaki 'Ajar' Jiran Yang Suka Parkir Di Depan Rumah

Suhana Veru

Kongsi melalui

Isu parkir di kawasan perumahan mungkin dipandang remeh segelintir pihak namun jangan sekali-kali memandang rendah isu ini.

Masalah parkir ini sebenarnya boleh mecetuskan pergaduhan sehingga ada yang sanggup merosakkan kenderaan jiran dan tidak kurang juga ada jiran yang bertindak di luar kawalan.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nur Farhana, tampil meluahkan rasa geram dengan sikap jirannya gemar meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya.


Gara-gara sudah lama memendam kemarahan, suami wanita itu dikatakan terpaksa mengiklankan kereta itu dijual serendah RM800 bersama pam racun.

Lelaki itu meletakkan botol di atas kereta jenis Hyundai Matrix yang tertera perkataan ‘untuk dijual RM800, *percuma pam racun.

Tindakannya dikatakan membuahkan hasil kerana jirannya sudah tidak lagi meletakkan kenderaannya di hadapan rumah pasangan suami isteri itu.

Klip video itu menerima lebih 530,000 tontonan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji  dengan tindakan yang diambil dan ‘berpuas hati’ dengan taktik yang digunakan itu.

Namun tahukah anda, berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, mana-mana pemandu meletakkan kenderaan mereka sehingga boleh menyebabkan “bahaya, menghalang atau menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, mereka sebenarnya boleh didenda RM5,000 atau penjara satu tahun.

Ingat, sentiasa jaga keharmonian hidup berjiran.





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026