Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nissan Bekerjasama Dengan Jaxa Untuk Bangunkan Kenderaan Inovatif Itu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kenderaan prototaip jelajah bulan, Lunar Rover ditayangkan melalui projek antara Nissan dan Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) baru-baru ini.

Dikhabarkan projek ini telah pun  bermula pada awal Januari 2020.


Nissan telah bekerjasama dengan JAXA bagi meningkatkan prestasi Lunar Rover di kawasan berpasir atau permukaan jalan yang lebih mencabar dengan menggunakan teknologi e-4ORCEnya.

Lazimnya,  apabila kereta dipandu di permukaan berpasir, ia akan terperangkap dalam putaran pasir manakala rodanya akan terbenam sekali gus menyukarkan pergerakannya untuk keluar.

Maka, roda akan menggali ke dalam pasir dan skil pemanduan yang tinggi diperlukan jika tidak mahu tersangkut.

Oleh itu, Lunar Rover ini dikatakan perlu mempunyai keupayaan untuk bergerak di atas  tanah bulan yang berdebu, berbatu dan beralun serta cekap tenaga.


Ia juga perlu memiliki kecekapan tenaga kerana sumber tenaga di angkasa juga terhad.

Melihat kepada situasi itu, Nissan telah membangunkan kawalan daya pemacu untuk meminimumkan putaran roda mengikut permukaan  bulan.

Lagipun, Nissan telah pun mempunyai teknologi   kawalan semua roda (AWD) e-4ORCE.

Ia seratus peratus menggunakan motor elektrik yang turut dibangunkan dalam kenderaan elektrik pasaran terbesar seperti Nissan LEAF dan crossover elektrik Ariya serba baharu.

Pada majlis Nissan Future, kereta konsep satu tempat duduk, Nissan Ariya  memperkenalkan kebolehkendalian pemanduan dan ia dikatakan amat penting untuk kegunaan penerokaan angkasa lepas.

Pendek kata, model itu memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk permukaan bulan yang berdebu serta cekap tenaga.

Reka bentuk kereta itu mendapat inspirasi daripada penyertaan Ariya dan Nissan dalam Kejohanan Dunia Formula E ABB FIA.


Bagaimanapun, pembuat kereta itu tidak mendedahkan spesifikasi terperinci mengenai jentera itu tetapi sudah diduga, ia akan menjadi versi sistem Ariya yang lebih berkuasa.

Ia dikatakan mampu yang menjana 389 kuasa kuda (290 kilowatt) dan tork 600 Nm.


Menurut Nissan, teknologi itu dapat meningkatkan prestasi kenderaan jelajah bulan ini di permukaan muka bumi yang mencabar.

Ia menggunakan teknologi kawalan motor yang sama seperti Leaf dan crossover EV Ariya.

Maka, Lunar Rover juga menggunakan teknologi yang sama seperti pengeluaran kereta elektrik Nissan .


Gallery

Tag:

#nissan
JAXA
lunar rover
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Sudahlah Curi, Dibakar Pula!

Sudahlah Curi, Dibakar Pula!

Nissan Silvia 180SX yang dilaporkan hilang di Kepong, Kuala Lumpur semalam ditemui dalam keadaan hangus.

17-02-2022
Berita Auto
Nissan Akan Memulakan Ujian Pengesahan Tidak Lama Lagi

Nissan Akan Memulakan Ujian Pengesahan Tidak Lama Lagi

Pengeluar kereta Nissan mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan ujian pengesahan sistem pengurusan tenaga di Namie, Fukushima, Jepun tidak lama lagi.

16-02-2022
Berita Auto
ETCM Ringan Beban Mangsa Banjir Dan Beberapa Pertubuhan Lain

ETCM Ringan Beban Mangsa Banjir Dan Beberapa Pertubuhan Lain

ETCM menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.

10-02-2022
Berita Auto
Jangan Lepaskan Promosi ETCM!

Jangan Lepaskan Promosi ETCM!

ETCM menawarkan promosi dan baucar hebat untuk dimenangi sempena Kempen Tahun Baru Cina yang akan datang.

07-01-2022
Berita Auto
Nismo Dedah Nissan Z Untuk Era Baharu Super GT

Nismo Dedah Nissan Z Untuk Era Baharu Super GT

Nismo melancarkan jentera baharunya, Nissan Z baru-baru ini.

10-12-2021
Berita Auto
Jentera Ini Hadir Dengan e-Power

Jentera Ini Hadir Dengan e-Power

Nissan melancarkan Note Autech Crossover di Jepun yang didatangkan secara esklusif dengan trenkuasa elektrik, e-POWER.

11-11-2021
Berita Auto
Fuh, Canggih & Cun Betul Sistem Kawalan Nissan Ariya!

Fuh, Canggih & Cun Betul Sistem Kawalan Nissan Ariya!

Ariya, model crossover elektrik terkini Nissan, hadir dengan sistem kawalan dengan teknologi yang inovatif.

17-09-2021
Berita Auto
ETCM Anjur Pelbagai Program Menarik!

ETCM Anjur Pelbagai Program Menarik!

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan tiga berita yang menggembirakan secara serentak baru-baru ini.

03-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026