Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemilik Kedai Emas Kejar Balik Kereta Perompak Sampai Terbalik

Suhana Veru

Kongsi melalui

Rompakan ala filem James Bond!

Itu aksi rompakan sekumpulan lelaki yang bertindak berani merompak seorang pemilik kedai emas di  Stesen Minyak Shell Lama, Lukut, Port Dickson.


Satu klip video yang dimuat naik ke internet menunjukkan kesemua suspek yang bersenjatakan parang  menaiki kereta jenis Honda CRV dan Perodua Myvi  menghalang kereta mangsa dari arah belakang dan hadapan ketika dia mengisi minyak di stesen berkenaan.

Empat lelaki bersenjata itu kemudian bertindak memecahkan cermin bahagian pemandu dan penumpang hadapan dan berjaya melarikan beg berisi emas dan beberapa barangan lain.

Ekoran kejadian itu, mangsa  yang berusia 50 tahun mengalami beberapa kesan kecederaan di bahagian tangan akibat terkena parang salah seorang suspek.

Difahamkan, mangsa yang menaiki Toyota Camry membawa tiga buah beg berisi barang kemas, wang tunai, sebuah telefon bimbit dan beberapa dokumen peribadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata,  suspek berjaya melarikan kesemua beg yang mengandungi emas namun usaha mereka dipatahkan sendiri oleh mangsa.


"Pada mulanya, kesemua suspek berjaya melarikan diri namun mangsa bertindak mengejar kenderaan suspek.

“Mangsa dikatakan berjaya menghimpit Honda CRV suspek hingga menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan serta terbabas sebelum terbalik di bahu jalan,” katanya.

Menurutnya,  tindakan mangsa yang begitu berani tidak sia-sia apabila dia berjaya mendapatkan semula dua buah beg barang kemas yang dilarikan perompak berkenaan.


"Bagaimanapun, kesemua berjaya meloloskan diri dan pihak polis menemui dua bilah parah termasuk walkie-talkie," ujarnya.

Hasil siasatan polis juga mendapati, Honda CRV yang dinaiki suspek rupa-rupanya kereta curi. Kenderaan tersebut telah dilaporkan hilang dan disamun pada November 2021 di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Polis kini sedang giat memburu kesemua mangsa yang terlibat dalam kes rompakan itu.




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang

Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.

20-07-2026
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026