Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda City Hatchback RS e:HEV RM107K? Berbaloi Ke Beli?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bagi peminat kereta Honda yang selama ini menantikan harga varian RS e:HEV, nampaknya penantian anda sudah berakhir!

Ini berikutan Honda Malaysia akhirnya telah mengumumkan harga varian tertinggi yang ditawarkan  pada  harga RM107,783.09.


Pada Disember tahun lalu, Honda cuma mendedahkan harga  varian S yang ditawarkan pada harga (RM75,670), E (RM83,080) dan V pula (RM87,860).

Ini bermakna, varian tertinggi itu lebih mahal RM20,000 berbanding varian V dan juga lebih mahal RM2,000 dari City RS sedan yang berharga RM105,950.45. 


Sama seperti model baharu Honda yang lain, ia menerima perlindungan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan, serta diberikan servis percuma (kos upah sahaja) sebanyak lima kali.

Begitupun, harga varian RS e:HEV yang agak ‘keras’ itu dikatakan berbaloi.

Apakan tidak, ia menawarkan dua motor elektrik sekali gus mampu menghamburkan 106hp dan tork 253Nm.

Versi hibrid  ini  juga dikuasakan oleh enjin 1.5-liter Sports i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive)  yang dipadankan bersama kotak gear Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT).

Untuk makluman anda, jentera serba baharu ini mampu memecut dari 0-100 kilomete sejam (km/j) hanya dalam 9.7 saat.

Lebih menarik, kelajuan tertingginya boleh mencecah sehingga 175 km/j.

Honda mendakwa bahawa kadar penggunaan bahan api jentera ini adalah sebanyak 3.6 liter untuk setiap 100 kilometer.

Mungkin anda tertanya apa kelebihan mengenai varian tertinggi ini? Sebenarnya terdapat beberapa kelebihan jika anda memilih model tertinggi ini kerana ia menawarkan pelbagai jaminan keselamatan.

Percaya atau tidak, hanya varian RS e:HEV menerima keseluruhan rangkaian Honda Sensing seperti brek kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki, penunggang basikal, kawalan pelayaran adaptif, bantuan kekal lorong, bantuan kekal lorong dan lampu tinggi automatik.


Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan dengan gril gloss hitam, lampu hadapan LED dan lampu kabus hadapan LED.

Ia juga hadir dengan sisipan bampar seperti peresap belakang lebar yang nyata membezakan RS ini.

Bahagian luarannya juga dilitupi dengan gentian karbon selain disertakan dengan rim 16-inci dalam kemasan dua-tona.

Tidak terkecuali,  cermin sisinya dan spoiler belakang hadir dalam kemasan hitam berkilat.


Menyentuh mengenai bahagian dalamannya, kesemua tempat duduk Ultrasuede dijahit benang berwarna merah.

Malah, terdapat juga set pedal aloi, pelapik bumbung hitam, pencahayaan merah pada suis kawalan pendingin hawa, serta paparan meter separa digital dengan skrin instrumen tujuh-inci.

Difahamkan, ciri-ciri yang disebutkan tadi  itu tidak akan terdapat pada  kereta sedan. Selain itu, hanya varian RS pada City Hatchback ini yang menerima liang pendingin hawa belakang.

Jentera ini juga menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci selain terdapat butang penghidup enjin, kawalan suhu automatik zon tunggal, skrin sentuh lapan inci, dan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ia juga dilengkapi dengan lapan speaker dan kamera undur.


Maka, tidak hairanlah mengapa harga jentera ini diletakkan agak tinggi berbanding dengan varian lain.

Apakah pula pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!


Gallery

Tag:

Honda City Hatchback
hondamalaysia
Honda RS:eHEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-05-2024
Kereta Baru

16-05-2024
Kereta Baru

22-04-2024
Global

08-02-2024
Berita Auto

15-12-2023
Berita Auto

05-01-2023
Pandu Uji

03-10-2022
Berita Auto

28-07-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026