Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sempadan Darat Malaysia-Singapura Akan Dibuka

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita baik kepada mereka yang telah divaksin sepenuhnya, anda kini boleh melakukan perjalanan dengan bebas antara  Singapura dan Malaysia melalui laluan darat mulai 1 April ini.

Lebih menarik, anda tidak perlu lagi mengambil sebarang ujian Covid-19 atau menjalani kuarantin.


Ini adalah salah satu langkah yang sudah lama dinanti-nantikan oleh kedua-dua rakyat di Singapura dan Malaysia.

Susulan daripada pengumuman kedua-dua negara itu, golongan pengembara yang lengkap dengan vaksin tidak perlu lagi  menjalani ujian prapelepasan atau ujian semasa  ketibaan.

Selain itu, tiada lagi sebarang had laluan Perjalanan Vaksinasi Darat (VTL) .

Ini bermakna, ia kini membenarkan  kira-kira 4,000 penumpang menaiki bas lorong perjalanan (VTL) yang ditetapkan pada setiap hari.

Perjanjian baharu itu turut diterima pakai kepada semua penggembara dan pengangkutan yang melintasi sempadan menerusi laluan darat termasuk bas awam.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dilihat akan memulihkan ekonomi kedua-dua negara selepas kegawatan ekonomi akibat Covid-19.

“Apabila Malaysia membuka sempadannya kepada pengembara antarabangsa bermula 1 April ini, ia akan memudahkan perjalanan merentas sempadan ke negara jiran, Singapura,” katanya.

Nampaknya kelonggaran sekatan sempadan yang dikenakan ke atas kedua-dua negara itu akan mengembalikan semula pergerakan kira-kira 415,000 orang yang melintasi Tambak Woodlands dan Tuas Second Link pada setiap hari.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, pembukaan semula sempadan darat merupakan satu  peristiwa penting bagi perjalanan kedua-dua negara untuk hidup bersama dengan Covid-19.

Pengumuman hari ini adalah peristiwa penting dalam peralihan kita ke arah kehidupan dengan COVID-19.

"Ia mencerminkan kerjasama kukuh yang dinikmati sepanjang pandemik ini dan akan membantu kedua-dua negara muncul lebih kuat daripada krisis ini," katanya.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.

24-02-2026
Berita Auto

LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini,

23-02-2026
Berita Auto

Penangguhan Sementara Fungsi Bayaran Balik Menerusi GiCheck, - Puspakom

Pusapakom mengesahkan bahawa pihaknya menangguhkan sementara fungsi bayaran balik menerusi aplikasi GiCheck, bermula dari hari ini hingga 8 Mac 2026.

23-02-2026