Link Copiedcheck_circle
EV

DS Automobiles Tayang Dua "Buah Hati" Terbaharunya

Suhana Veru

Kongsi melalui

DS Automobiles menayangkan model sedannya yang cukup canggih, elegan dan bergaya, DS 9.

Ia kini mempertaruhkan dua trenkuasa elektrik serba baharu, hibrid dan plug-in.

Kedua-dua unit kuasa baharu ini tersedia dalam spesifikasi Performance Line  dan Rivoli .

Ia menggunakan bahan berkualiti tinggi yang sinonim dengan kepakaran unggul jenama syarikat itu.

DS 9 E-Tense 4x4 360 ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 360 hp dan memiliki sistem pacuan semua roda.

DS Performance pernah memenangi gelaran Formula E pada tahun 2019 dan 2020. Dari situ, sudah terbuktinya sistem suspensinya yang begitu luar biasa.

Untuk makluman anda, DS9 E-Tense 4x4 360 menggunakan gandar hadapan dan belakang khas dengan trek yang lebih lebar manakala  sistem brek telah dinaik taraf dengan angkup empat omboh untuk membantu agihan kuasa yang lebih baik.

Ditawarkan sebagai standard untuk kedua-dua spesifikasi, DS Active Scan Suspension memanfaatkan suspensi DS terkini yang menggabungkan keselesaan salon dengan dinamik coupe Grand Touring.

Dari segi enjin, ia menggabungkan 4 silinder dan dua motor elektrik. Satu 110 hp disepadukan dengan kotak gear di hadapan dan satu lagi 113 hp dipasangkan ke gandar belakang.

Dikatakan sistem tersebut dibantu transmisi pacuan empat roda yang pintar, dan bateri 11.9 kWj dimana ia menampilkan pengurusan lanjutan untuk menjimatkan tenaga.

Penggunaan pek bateri berkapasiti 11.9 kWj itu pula memberikan jarak operasi sifar emisi sejauh 50 kilometer.

Kelajuan tertinggi juga dihadkan secara elektronik iaitu kepada 250 km/j. 

Oleh itu, dengan keupayaan 140 km/j, ia dilaporkan cuma menggunakan kuasa elektrik sahaja.

Menyentuh mengenai pecutannya, ia mampu memecut  dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 5.6 saat.

Jentera mewah ini dipasangkan dengan rim aloi Munich eksklusif bersaiz 20-inci dan kaliper brek berjenama DS Performance.

Bagi menyerlahkan lagi penampilannya, DS 9 E-Tense 4x4 360 dilengkapi dengan lencana khas di bahagian hadapan dan pada pintu belakang.

Sementara itu, DS 9 E-Tense 250 pula menggunakan pilihan trenkuasa E-TENSE hibrid bersama enjin PureTech turbo dimana ia mampu menghasilkan kuasa 110hp.

Dari segi pengecasan, pengecas 7.4 kW on-board DS 9 E-Tense 250 membolehkan pengecasan 0 hingga 100 peratus mengambil masa kira-kira 2 jam 23 minit. 

 Pek baterinya yang berkapasiti 15.6 kWj memberikan jarak sehingga 70 km pada kitaran bandar WLTP dan 61 km pada kitaran gabungan WLTP.

DS 9 E-Tense 4x4 360 Performance Line ditawarkan pada harga €67,500 (RM 311,341), spesifikasi Rivoli €70,400 (RM 324,718), DS 9 E-Tense 250  €58,000 (RM 267,541) dan  DS Rivoli pula  €60,900 (RM 280,922).

Setelah memenangi empat gelaran pasukan Formula, nampaknya DS Automobiles terus menunjukkan kepakarannya dalam elektrifikasi. 

Ia sudah terbukti dengan kemunculan kedua-dua model ini. 


Gallery

Tag:

DS Automobiles
DS 9 E-TENSE
E-Tense
DS 9 E-Tense 360
DS 9 E-Tense 250
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...

Kumpulan automotif multinasional, Stellantis, mengumumkan penurunan keuntungan sebanyak 48%.

30-07-2024
Berita Auto

Bermaz Auto Panggil Balik 2 Model Tapi Ada Sebabnya!

Bermaz panggil semula model Citroen/DS 2009-2017.

19-09-2023
Berita Auto

Kuasai Alunan Jalan Dengan Penuh Bergaya

DS Automobiles menampilkan generasi ketiga DS 3 Crossback yang merupakan kenderaan utiliti sukan crossmewah mewah.

24-12-2021
Berita Auto

DS Automobile Akan Menjadi Penaja Utama Untuk EVER Monaco, DS 9 E-Tense Akan Diperkenalkan

Pameran antarabangsa kenderaan mesra alam, Ever Monaco yang ditubuhkan sekitar tahun 2005 bertujuan untuk mempromosikan mobiliti lestari selain kenderaan tenaga yang boleh diperbaharui.

06-07-2021
Berita Auto

DS Automobile Akan Menjadi Penaja Utama Untuk EVER Monaco, DS 9 E-Tense Akan Diperkenalkan

Pameran antarabangsa kenderaan mesra alam, Ever Monaco yang ditubuhkan sekitar tahun 2005 bertujuan untuk mempromosikan mobiliti lestari selain kenderaan tenaga yang boleh diperbaharui.

06-07-2021

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026