Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Malaysia Rai Pengeluaran Cecah 1 Juta Unit!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda Malaysia baru-baru ini berjaya melakar sejarah dengan pengeluaran unit yang ke-1,000,000 sejak awal pemasangan di kilang tempatan pada tahun 2003.  Model ke-1,000,000 yang dikeluarkan ini ialah sebuah sedan iaitu Honda Civic generasi ke-11.

 

Honda Malaysia memulakan pemasangan tempatan di kilang  yang terletak di Pagoh, berdekatan Alor Gajah dari tahun 2003.  Pengeluar kereta ini telah berjaya mencapai jualan yang ke-1,000,000 juta pada bulan Mac 2021 lalu. Hari ini pula, Honda Malaysia mencapai unit pengeluaran yang ke-1,000,000 untuk kilang yang terletak di Melaka itu.



"Sudah 20 tahun sejak penubuhan HM di negara ini, dan kami telah berkembang serta mencatatkan banyak pencapaian sejak itu.  Pada Mac 2021, kami mencapai jualan satu juta unit di Malaysia.  Setahun kemudian, kami kini meraikan satu lagi pencapaian penting dengan anda semua, pengeluaran unit ke-1,000,000," ujar Pengarah Urusan Honda Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif, Madoka Chujo.

 

"Saya ingin merakamkan penghargaan yang mendalam kepada semua rakan sekerja Honda dan pembekal kami atas usaha dan kerja keras yang diberikan untuk memastikan kelancaran proses pengeluaran serta operasi rantaian bekalan walaupun terpaksa berdepan dengan banyak cabaran, termasuklah pandemik Covid-19, kekurangan cip global dan banjir baru-baru ini," tambahnya. 



Kilang yang terletak di Pagoh ini memiliki kapasiti pengeluaran mencecah 50,000 unit setahun di atas plot berkeluasan 46,000 meter persegi.  Model pertama yang dikeluarkan kilang ini ialah CR-V generasi kedua. 

 

Seterusnya, barisan keluaran kedua ialah Jazz Hybrid pada bulan Oktober 2013. 

 

Honda telah banyak melakukan pelaburan untuk melengkapkan kilang dengan teknologi pengeluaran yang canggih agar setanding dengan operasi kilang di negara Jepun.  Salah satu teknologi yang digunakan ialah "Laser Brazing," yang dapat menghasilkan garis bumbung yang halus dan bersih. Teknologi lain ialah "Frame Welding" dan "Spray Polyurethane Foam."

 

Selain daripada MPV Odyssey yang dipasang di luar negara (CBU), kesemua barisan kereta HM telah dikeluarkan oleh kilang ini.  Model-model CKD atau pemasangan tempatan ialah City, City Hatchback, Civic, Accord, BR-V, HR-V, and CR-V.

 

Honda turut memegang tempat pertama dalam senarai Kenderaan Bukan Nasional Di Malaysia sejak lapan tahun lalu bagi kenderaan penumpang.  Walaupun tidak menghasilkan kenderaan komersial seperti trak pikap dan van, jenama Honda sering berada di hadapan Toyota dalam pasaran bukan nasional.



Chujo turut mengumumkan bahawa ini merupakan penampilan  terakhir beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia dalam acara yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia baharu bakal didedahkan tidak lama lagi.




Tag:

Honda Civic
Honda Malaysia
hondamalaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

9 KenderaanTerbakar Di Parkir Kondominum, Ini Kata Bomba!

Sebanyak sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di parkir Kondominium Tunas Residensi di Bayan Lepas, awal pagi semalam.

28-01-2026
Global

Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan

Honda Jepun sudah membuat keputusan untuk tidak menjual model hatchback Honda Civic Type R generasi FL5 bermula tahun depan.

09-06-2025
Kereta Baru
Kereta Baru

Tempahan Honda Civic 2025 Dibuka, Ada 2 Varian

Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan Honda Civic 2025 namun akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.

12-12-2024
Berita Auto

Honda Civic Type R Kini Dijual Dengan Rebat RM80,000! Satu Tamparan Kepada Pembeli Sebelum Ini

Honda Malaysia telah melancarkan kempen potongan harga luar biasa "Unwrap Big Savings" untuk pelbagai model menjelang akhir tahun.

01-10-2024
Berita Auto

Honda Civic Facelift Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Honda Civic generasi ke-11 versi facelift akhirnya membuat kemunculan di rantau ASEAN, dengan Thailand menjadi pasaran pertama. Ini spesifikasinya...

02-08-2024
Berita Auto

Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan

Honda menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan baru-baru ini.

26-07-2024
Berita Auto

Tragis! Kemalangan Maut Di JB

Tiga terbunuh termasuk seorang wanita warga emas dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya, Johor, malam tadi.

06-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026