Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pameran Automotif Ini Akan Berakhir Esok!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kira-kira 30,000 pengunjung dijangka menghadiri pameran automotif, Velocity Moto Show (VMS) yang sedang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Acara kali keempat itu diadakan selepas penganjuran pada tahun 2018 berjaya menarik lebih kurang 10,000 pengunjung.


Dengan bayaran masuk sebanyak RM15, pengunjung disajikan dengan pelbagai acara yang menarik serta pameran jentera beroda yang pasti memukau pandangan pengunjung.

Malah, tahun ini dikatakan agak istimewa kerana VMS buat julung kalinnya akan memaparkan beberapa model baharu Harley-Davidson, Vespa, Aprilla, Moto Guzzi@BMW.

Timbalan Belia dan Sukan, Datuk Ti Lian Ker berkata, pihaknya amat menggalakkan acara pameran automotif seumpama ini.

“Acara ini bukan sahaja menghimpunkan peminat kereta malah orang ramai berpeluang pelbagai jenis jentera yang cukup memukau,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan pameran VMS di Stadium Bukit Jalil, pagi tadi.


Menurutnya, pihaknya turut berharap acara itu diteruskan pada masa depan bagi memastikan kesinambungan penganjurannya berkekalan.

Acara pameran ini turut dimeriahkan dengan persembahan drift oleh Raja Drift. Tengku Djan Ley.

Sepanjang pameran, lebih 100 model kereta termasuk trak raksasa dan kereta lumba turut dipamerkan. Oleh itu, kunjungilah dan alami bahang VMS yang akan berakhir pada hari esok.

Untuk keterangan lanjut, layari Facebook Velocity Motor Show.


Tag:

VMS2022
VMS22
velocity motor show
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026