Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Versi Naik Taraf,Tiguan Allspace Elegance, R-Line

Suhana Veru

Kongsi melalui

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Tiguan Allspace facelift 2022 pada pameran Premium Auto Car Expo (PACE) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, pagi tadi.

Model ini tampil dengan dua varian Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 Elegance dan Volkswagen Tiguan Allspace 2.0 R-Line .

Untuk makluman anda, model facelift ini dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang.


Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pengeluaran Tiguan Allspace lima tempat duduk telah dihentikan pada tahun 2020.

“Oleh itu, hanya Tiguan Allspace tujuh tempat duduk yang akan dikeluarkan.

“Begitupun, Tiguan masih kekal menjadi model paling laris namun untuk versi Golf , permintaan GTI lebih tinggi berbanding R-Line,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Tiguan Allspace facelift 2022 pada pameran PACE.


Ketika ditanya mengenai  rancangan VPCM untuk memperkenalkan kenderaan elektrik ke pasaran Malaysia, beliau menjawab:

“Ia masih dalam rancangan untuk membawa masuk EV ke pasaran Malaysia,” katanya ringkas. 


Menyentuh mengenai harganya, Tiguan Allspace Elegance ditawarkan pada harga RM174, 745.68 manakala R-Line 4MOTION RM219,443.

Ia ditawarkan lima pilihan warna iaitu Atlantic Blue (biru), Oryx White (putih), Deep Black (hitam), Platinum Grey (kelabu) dan Pyrite Silver (perak).

Untuk rekod, Tiguan Allspace facelift Elegance menggunakan enjin turbo 1.4L TSI yang menghasilkan 150 PS dan tork 250 Nm tork.


Sedikit info mengenai jentera facelift ini, kedua-dua varian dilihat menerima gril yang telah direka semula.

Menjengah bahagian  bampar hadapan, ia didatangkan dengan rekaan baharu dan lampu utama juga dilihat lebih kemas.


Ia juga dipadankan dengan jalur lampu LED dan perkataan ‘Tiguan’ pada bahagian belakang dengan logo baharu Volkswagen.


Penambahbaikan juga dapat dilihat pada ruang dalaman kenderaan utiliti sukan ini.

Ia digandingkan dengan infotainmen Discover Pro bersaiz 9.2 inci generasi baru yang menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, arahan suara dan sistem navigasi binaan dalam. 

Malah, stereng sports mulit fungsi kini boleh beroperasi melalui butang kawalan haptik untuk ketersambungan yang lancar. 


Bukan itu sahaja, butang-butang dan tombol panel pendingin hawa juga telah dinaik taraf.

Menyentuh mengenai aspek keselamatannya pula, ia hadir dengan enam  beg udara, brek anti-kunci dengan agihan brek elektronik, Bantuan Brek, Kawalan Stabiliti Elektronik, Kawalan Cengkaman, ISOFIX dan sistem brek multi-pelanggaran.

Volkswagen Tiguan Allspace facelift 2022 juga menerima sistem Lane Assist dan sistem Driver Alert standard untuk kedua-dua model. Penambahan ciri Kawalan Menuruni Bukit juga hanya dipasang pada Tiguan Allspace R-Line.

Apapun, Tiguan Allspace tujuh tempat ini memang agak luas, apa tidaknya ia telah mendahului kelasnya dengan 1,775 liter selain hadir dengan pelbagai konfigurasi tempat duduk versatil.


Pendek kata, SUV moden dan dinamik ini, ia merupakan teman terbaik untuk mereka yang sudah berkeluarga  dan bagi mereka yang mempunyai gaya hidup aktif. 

Untuk keterangan lanjut, layari laman web VPCM di https://www.volkswagen.com.my/dealer-locator.



Gallery

Tag:

Volkswagen Allspace
Volkswagen Tiguan Allspace
Volkswagen Elegance
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Volkswagen Bagi Rebat Angpau RM1K dan Banyak Lagi Sempena Tahun Baru Cina!

Pelanggan Volkswagen berpeluang untuk memenangi rebat angpau bernilai RM1,000 dan banyak lagi!

07-01-2022
Kereta Baru

Volkswagen Tiguan Allspace 2023 Kini Dengan ADAS IQ.Drive – Harga Dari RM165K

Tiguan Allspace kini lebih selamat dengan teknologi sokongan pemandu aktif (ADAS) IQ.Drive.

06-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026