Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemproses AMD EPYC Beri 'Tenaga Luar Biasa' Kepada Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 Racing

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One (F1) berjaya mencapai peningkatan prestasi sehingga 20% untuk beban kerja dinamik bendalir komputasi (CFD) yang digunakan bagi memodelkan dan menguji aliran aerodinamik kereta F1 mereka dengan menggunakan pemproses AMD EPYC. Pemproses ini  telah dihasilkan oleh ADVANCED Micro Devices Inc.

 

Pemproses EPYC daripada AMD telah direka supaya memiliki kuasa yang tinggi, cekap tenaga dan menjimatkan dalam pasaran; pemproses ini cukup ideal untuk kegunaan pasukan F1 kerana beban kerjanya yang esktrem dan juga keperluan untuk menjalankan simulasi dengan pantas.



Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 yang kini memegang reputasi sebagai juara Constructors' Champion, telah pun mengumpulkan kemenangan keseluruhan sebanyak lapan kali, semuanya disumbangkan oleh Lewis Hamilton.

 

Pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One (F1) cuba melakukan yang  terbaik dengan CFD dengan cara membangunkan ciri aerodinamik yang hebat dan dalam masa yang sama menepati peraturan bajet yang ditetapkan oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA).



Beban kerja aerodinamik adalah antara yang paling kompleks dan teknikal dalam kalangan pasukan F1 kerana ia memerlukan penggunaan pemproses dan pelayan (server) yang canggih untuk menjalankan analisis dan menentukan tanda aras.

 

Selain itu, bagi mengelakkan mana-mana pasukan daripada memiliki kelebihan yang tidak adil untuk pasukan lain, FIA telah membangunkan satu rangka kerja yang kompleks yang menentukan  berapa banyak prestasi CFD dan juga masa terowong angin yang boleh digunakan oleh pasukan F1.

 



Untuk pengetahuan pembaca, AMD dan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 telah mengumumkan kerjasama buat julung kalinya pada tahun 2020 yang lalu untuk mensinergikan semangat kedua-dua syarikat kepada prestasi yang ekstrem.

Tag:

Mercedes-AMG F1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026