Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

E-Skuter Antara 3 Jenis Kenderaan Mikromobiliti Diharamkan Atas Jalan, Kompaun Hingga RM300!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Tiga kategori kenderaan mikromobiliti iaitu Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) diharamkan penggunaannya di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. 


Tiga Kategori Kenderaan Mikromobiliti Yang Diharamkan




Moped ialah kenderaan yang dilengkapi dua atau tiga roda dan dikuasakan oleh tenaga elektrik dengan kelajuan tidak lebih daripada 50 kilometer sejam (km/j).


Sementara itu, PMD dan PMA pula ialah sejenis kenderaan mikromobiliti yang digerakkan oleh manusia atau elektrik dengan kelajuan tidak lebih daripada 25 km/j seperti skuter berkuasa elektrik dan juga kenderaan untuk kegunaan mereka yang mempunyai masalah pergerakan. 

Rasional Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Di Jalan Raya


Larangan penggunaan tiga kategori kenderaan mikromobiliti ini dilaksanakan berdasarkan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mobiliti Tertentu) 2021 yang berkuat kuasa 17 Dis 2021.


"Penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan adalah membahayakan bukan saja kepada pengguna kenderaan itu tetapi pengguna lain,” ujarnya dalam sidang media penggunaan mikromobiliti di kementeriannya di sini hari ini.


Larangan ini dikeluarkan untuk mengelakkan tragedi yang sama seperti basikal lajak yang telah meragut nyawa lapan kanak-kanak daripada berulang kerana percampuran aliran trafik dengan kenderaan lain. 




Kawasan Yang Dibenarkan


Penggunaan mikromobiliti ini masih dibenarkan di dalam bangunan atau kawasan yang tiada percampuran aliran trafik. 


"Saya tiada halangan kalau mereka ingin gunakan kenderaan ini di rumah atau tanah persendirian asalkan ia bukan di jalan raya.




"Penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan akan dipertimbangkan jika pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan kemudahan infrastruktur jalan yang menyokong penggunaan kenderaan itu," katanya.


Peraturan Untuk Basikal, Beca dan Basikal Elektrik


Wee turut menjelaskan, penggunaan basikal, beca dan basikal elektrik adalah dibenarkan namun mestilah mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.



"Bagi penggunaan basikal dengan bantuan elektrik, hanya yang memenuhi spesifikasi Malaysia Standard, MS2514 : Electric Bicycles Specification sahaja dibenarkan digunakan di atas jalan raya," katanya.


Denda Yang Dikenakan Sekiranya Tidak Mematuhi Larangan Kenderaan Mikromobiliti


Individu yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM300  seperti diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Tag:

mikromobiliti
e-scooter
scooter
e-skuter
skuter
Electric bike
basikal elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Makin Ramai Guna Skuter Beam! Jadi Pengangkutan Pilihan Di Stesen Transit & Universiti

Beam Mobility Malaysia telah berjaya mengubah landskap pengangkutan awam negara.

24-05-2023
Berita Auto

Medan Uji Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Dilancarkan MoT

Kementerian Pengangkutan (MoT) melancarkan Medan Uji Regulatori Negara untuk menguji penggunaan kenderaan mikromobiliti di negara ini.

14-03-2023
Berita Auto

Skuter Elektrik Beam Kini Di 6 Bandar Besar Malaysia, Pas Bulanan Diskaun 50%

Beam Malaysia mengumumkan bahawa perkhidmatan skuter elektriknya kini ditawarkan di enam bandar utama di Malaysia.

23-02-2023
Berita Auto

Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam, Penghubung Bas, MRT, LRT, Monorel – Anthony Loke

Terminal Titiwangsa bakal dibangunkan untuk menjalani transformasi besar-besaran sebagai hab utama pengangkutan awam.

09-02-2023
Global

Sewaan Skuter Elektrik Mungkin Diharamkan Di Paris, Ini Puncanya...

Penduduk Paris akan mengadakan undian samada penyewaan skuter elektrik akan diharamkan atau tidak setelah lebih daripada empat tahun servis perkongsian skuter ini ditawarkan di sana.

21-01-2023
Berita Auto

Beam Malaysia Catat Lebih 1 Juta Perjalanan E-Skuter Tahun 2022!

Pembekal perkhidmatan mikromobiliti Malaysia, Beam Mobility telah mencatatkan rekod penggunaan dan pendaftaran keseluruhan yang tertinggi setakat ini.

16-12-2022
Berita Auto

Penggunaan Mikromobiliti Berkelajuan Tidak Lebih 25KM/J Sedang Dipertimbang

Peraturan penggunaan mikromobiliti kini sedang dalam fasa akhir perbincangan.

29-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025
Berita Auto

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.

12-11-2025
Berita Auto

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025