Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Labur 9.07 Bilion Untuk R&D

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Great Motor Wall (GWM) telah mengeluarkan laporan tahunan 2021. Laporan tersebut mendedahkan sejumlah CNY 9.07 bilion yang telah dilaburkan untuk bahagian R&D syarikat, peningkatan sebanyak 76.05 peratus daripada bajet yang ditetapkan pada tahun 2020.  

Dalam tempoh lima tahun akan datang, syarikat akan menambah kakitangan untuk penyelidikan dan pembanguanan globalnya kepada 30,000 orang dengan jumlah pelaburan mencecah CNY 100 bilion.

Sektor Tenaga Baharu GWM 

Syarikat telah memperkenalkan penyelesaian hibrid baharu yang dinamakan L.E.M.O.N. DHT.

Apa itu L.E.M.O.N. DHT?

  • Sistem hibrid yang sangat bersepadu dan efisien
  • Boleh digunakan dalam platform kuasa HEV dan PHEV
  • Kuasa model yang menggunakan  HEV boleh ditingkatkan sehingga lebih daripada 50%
  • Kadar penjimatan bahan api diukur antara 35-50% 

Salah satu model yang menggunakan teknologi ini ialah HAVAL JOLION, dan ini kesan kepada kereta tersebut: 

  • Kadar penggunaan minyaknya boleh dilaraskan untuk mendapatkan kadar efisien bahan api yang maksimum dalam mod pemanduan STANDARD, SPORTS dan ECO.
  • Boleh digunakan dalam pelbagai keadaan pemanduan termasuklah jalan bandar, laluan ekspres dan sebagainya.

Sektor Pintar GWM 

Syarikat telah melancarkan Coffee Intelligence 2.0. 

Apa itu Coffee Intelligence 2.0? 

Senibina elektronik dan elektrik serta casis pemacu-dengan-wayar pintar

Apakah fungsinya?

Untuk menaik taraf teknologi pemanduan pintar dan membangunkan sistem navigasi pemanduan bantuan pintar NOH (Navigation On HIPilot).



Bagaimana ia berfungsi? 

  • Sebaik sistem dihidupkan, kenderaan boleh membantu pemandu secara automatik dalam penukaran lorong, pemotongan dan pelbagai tindakan lain semasa memandu.
  • Untuk memantau sama ada pemandu keletihan, tidak mampu menumpukan perhatian dan lain-lain.

Sepanjang tahun lalu, GWM terus melabur untuk membangunkan sektor tenaga dan teknologi pintar syarikat supaya pelbagai teknologi canggih ini dapat dilancarkan dalam pasaran.

 

Gallery

Tag:

gwm
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025
Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025
Berita Auto

Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

23-09-2025
Berita Auto

SIB, APU Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Teknologi EV, Hibrid

Sapura Industrial Berhad dan Asia Pacific University menjalinkan kerjasama untuk memperkasakan kemahiran dalam EV, Hibrid dan perkilangan pintar di Malaysia.

23-09-2025
Berita Auto

Hujan Ribut: 30 Kereta Rosak, Bumbung PPR Di Pantai Dalam Tercabut

Kira-kira 30 buah kereta rosak selepas bumbung Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Pantai Dalam, Kuala Lumpur tercabut dan terbang.

23-09-2025
Berita Auto

Cip MyKad Rosak? Boleh Ganti Secara Percuma Mulai Esok Hingga 7 Okt Ini!

Kerajaan mengumumkan penggantian MyKad percuma bagi individu yang mengalami masalah cip rosak pada kad pengenalan mereka bermula esok sehingga 7 Oktober.

22-09-2025
Berita Auto

BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu, Kaunter Pelbagai Mulai 27 Sept Ini

JPJ mengumumkan penambahan waktu operasi kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai di seluruh negara mulai 27 September ini.

22-09-2025
Berita Auto

2 Pelancong China Dikenakan RM836 Dari KLIA 2 Ke KL, Akhirnya Sudah Dicekup JPJ

Pelancong dari China ditipu oleh ulat KLIA apabila mereka pada mulanya dikenakan RM60 namun kadar bayaran itu melonjak lebih 14 kali ganda apabila mereka diarahkan membayar RM836 .

22-09-2025