Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perdana Menteri Janji Kadar Tol Tidak Akan Naik Pada Tahun Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


Gambar Ihsan : @bluewireless_sg

Kerajaan mengesahkan bahawa tidak akan berlaku sebarang kenaikan tol di empat lebuh raya sekitar Lembah Klang pada tahun ini.

Ia berikutan  empat syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat sedang melalui proses penstrukturan semula.

Empat lebuh raya itu ialah Lebuhraya Shah Alam (KESAS) Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, penstrukturan semula dilakukan secara terperinci dengan mengambil kira semua aspek yang meliputi bebanan kepada pengguna, obligasi kerajaan selaras dengan Perjanjian Konsesi serta beban kewangan kerajaan.

Menurutnya, kadar tol tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat konsesi serta akan dapat menjimatkan bayaran pampasan dari 1 Januari 2022 sehingga tamat tempoh konsesi.


Menerusi inisiatif ini, penjimatan bersih tersebut sebenarnya menyumbang kepada program pembangunan infrastruktur negara.

Ini bermakna penjimatan bagi pembayaran subsidi tol untuk keempat-empat lebuh raya terbabit adalah dianggarkan sekurang-kurangnya RM4.3 bilion.

"Ini usaha berterusan kerajaan untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban khususnya dengan kenaikan kadar tol seperti mana yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi,” katanya.


Tag:

toll
Highway
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Raya 2022: Ini Senarai 30 Tol Percuma, Diskaun Hingga 50 Peratus

Senarai tol percuma dan juga tol berdiskaun sempenan Hari Raya Aidilfitri.

26-04-2022
Berita Auto

Google Maps Akan Mula Bagi Info Harga Tol & Cadangan Laluan Termurah – Fakta Atau Auta?

Google Maps dilaporkan sedang melakukan usaha pengemaskinian sistem.

27-08-2021
Berita Auto

Kenapa Perlu Masuk Lebuh Raya Sebelum Pukul 9 Pagi? Ini Kata PLUS!

Plus menggesa pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya memulakan perjalanan lebih awal sebelum pukul 9 pagi bagi tempoh 5 hingga 6 Februari 2022.

04-02-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026