Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Raya 2022: Ini Senarai 30 Tol Percuma, Diskaun Hingga 50 Peratus

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu depan, kerajaan bersetuju memberikan tol percuma dan juga tol berdiskaun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Tol percuma dan diskaun antara 30 ke 50 peratus ditawarkan bermula jam 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga pukul 11.59 malam pada 1 Mei (Ahad) untuk semua kelas kenderaan.


Pemberian tol percuma turut diberikan untuk perjalanan pulang semula ke rumah iaitu pada 7 Mei (Sabtu) dan 8 Mei (Ahad).


Ismail Sabri berkata, keputusan ini dibuat selepas mendapat persetujuan daripada kesemua 30 syarikat konsesi lebuh raya untuk menawarkan diskaun tol dan tol percuma kepada rakyat Malaysia supaya dapat menikmati penjimatan yang secara keseluruhannya berjumlah RM77.11 juta.




Jelas beliau, pemberian tol percuma itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara-Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).


“Tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus pula akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan,” jelas beliau.




Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah,” katanya.


Berikut merupakan maklumat terperinci berkenaan tol-tol yang terlibat:


Senarai Tol Percuma

1. Lebuh Raya Utara Selatan (Plus)

2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

3. Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH)

4. Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE)

5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)

7. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1

8. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2

9. Lebuh Raya KL – Karak (KLK


Senarai Tol dengan Diskaun 50 Peratus

10. Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)

11. Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP)

12. Lebuh Raya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)

13. Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)

14. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)

15. Lebuh Raya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)

16. Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX)

17. Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang (DUKE)


Senarai Tol dengan Diskaun 30 Peratus

18. Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)

19. Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

20. Lebuh Raya KL- Kuala Selangor (LATAR)

21. Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)

22. Lebuh Raya Kemuning – Shah Alam ( LKSA )

23. Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK)

24. Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (JPP2)

25. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)

26. Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik KL- Barat (SPRINT)

27. Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)

28. Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)

29. Lebuh Raya Senai – Desaru (SDE)

30. Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE)


Tag:

toll
Tol
aidilfitri
Hari Raya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perdana Menteri Janji Kadar Tol Tidak Akan Naik Pada Tahun Ini

Kerajaan mengesahkan bahawa tidak akan berlaku sebarang kenaikan tol di Lembah Klang pada tahun ini.

05-04-2022
Berita Auto

Google Maps Akan Mula Bagi Info Harga Tol & Cadangan Laluan Termurah – Fakta Atau Auta?

Google Maps dilaporkan sedang melakukan usaha pengemaskinian sistem.

27-08-2021
Berita Auto

Tiada Kenaikan Tol Bagi 10 Konsesi Lebuh Raya Pada Tahun Hadapan

Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026.

18-12-2025
Berita Auto

Genting Highlands Bakal Kenakan Tol? Salah, Rupanya Caj Dikenakan Ke Atas Kenderaan

Ahmad Maslan menjelaskan bayaran yang dikenakan di Jalan Genting Highlands bukan tol, sebaliknya caj ke atas kenderaan yang memasuki laluan bukit itu.

17-11-2025
Berita Auto

Dewan Rakyat: Jika Kadar Tol 10 Lebuh Raya Tak Ditangguh, Ada Kenaikan Hingga 83% Bagi Kelas 1

Sekiranya kadar tol bagi 10 lebuh raya di negara ini tidak ditangguhkan, pengguna lebuh raya sebenarnya berdepan dengan kenaikan tol sebanyak 79 hingga 83 peratus bagi kenderaan kelas 1.

29-07-2025
Berita Auto

Pengguna Dah Boleh Guna Kad Debit, Kredit Untuk Lepas Tol MEX

Mulai hari ini, pengguna Lebuhraya Mex boleh bayar tol guna kad debit, kredit.

03-08-2023
Berita Auto

Kutipan Tol SUKE 2 Mula Hari Ini, Ini Kadar Tol Yang Dikenakan...

Kutipan tol di Plaza Tol Alam Damai di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) bermula.

30-06-2023
Berita Auto

Bawa Kereta Baharu, Tapi Banyak Tunggakan Tol

Pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) telah menahan seorang pemandu.

29-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026