Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sempena Ketibaan Puasa, Qing Ming, Aliran Trafik Dijangka Sesak

Suhana Veru

Kongsi melalui

Menjelang ketibaan Ramadan dan Festival Qing Ming, jumlah kenderaan akan meningkat pada hujung minggu ini di semua lebuh raya utama.

Apa tidaknya, selepas dua tahun kedatangan Ramadan disambut suram gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nampaknya tahun ini suasana Ramadan bakal berubah 360 darjah.


Di saat negara kini berada di fasa ‘peralihan ke endemik’, sudah pastinya kebanyakan umat Islam tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut Ramadan kali ini bersama keluarga di kampung halaman.

Selain umat Islam, masyarakat Cina juga akan mengambil kesempatan cuti hujung minggu ini untuk balik kampung sempena Festival Qing Ming (Hari Pembersihan Kubur) yang akan disambut pada 5 April ini.

Pertambahan bilangan kereta secara luar biasa turut dijangka akan berlaku di bandar Johor Bahru.


Ia berikutan selepas kerajaan mengumumkan pembukaan semula sempadan Malaysia dan Singapura pada hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sempena ketibaan bulan Ramadan dan Qing Ming, sudah pastinya umat Islam dan masyarakat Cina tidak akan melepaskan peluang untuk balik kampung.


“Qing Ming adalah satu perayaan membersihkan kubur. Mereka akan balik kerana sudah dua tahun tidak balik dan kesempatan ini digunakan untuk  ziarah kubur orang tua mereka atau ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Caricarz di laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menunjukkan aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan masih lancar.


Bagaimanapun, tiada sebarang pertambahan kenderaan secara luar biasa setakat pukul 2.30 petang tadi.

Apapun, bagi warga kota  yang ingin pulang ke kampung halaman, anda diingatkan sentiasa patuh SOP & rancang perjalanan anda supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju.


Tag:

Traffic Jam
ramadan
Qing Ming
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Aidilfitri : 14 Juta Kenderaan Dijangka Banjiri Lebuh Raya

Orang ramai disarankan supaya pulang ke kampung lebih awal.

18-04-2022
Berita Auto

Mujur, Anggota Trafik Itu Tidak Mengalami Kecederaan Serius

Kejadian berlaku ketika keadaan jalan raya sesak pada waktu puncak.

29-10-2021
Berita Auto

50,000 Kenderaan Akan Serbu Kelantan Hujung Minggu Nanti! Ini Solusi Untuk Elak Kesesakan...

Polis menjangkakan lebih 50,000 kenderaan akan memasuki negeri Kelantan hujung minggu ini.

13-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026