Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tayar Michelin Hadir Dengan Teknologi Keselamatan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Menyedari terdapat peningkatan terhadap permintaan kenderaan jenis SUV, syarikat tayar terkemuka di dunia, Michelin melancarkan tayar terbaharunya, MICHELIN Primacy SUV+.


Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Oliver Biggart berkata, pasaran SUV di benua Asia Timur dilihat terus berkembang sehingga  5.9 peratus.

Oleh itu, pihaknya meramalkan bahawa kadar pertumbuhan akan meningkat sebanyak 33 peratus menjelang tahun 2026.

“Kami yakin bahawa terdapat potensi sebenar pasaran SUV memandangkan produk ini bukan sahaja menjanjikan sebuah portfolio yang lengkap untuk jentera SUV tetapi didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan dan teknologi baharu,” katanya.


Berikut ialah perinciannya:

Michelin Premium Touch – Rekaan dinding sisi  dengan tekstur mikro seperti kain baldu yang diperkaya dengan nilai estetika SUV.

Kandungan silika lebih tinggi. Fungsi polimer meningkatkan prestasi brek ketika basah dan kering tanpa berkompromi dengan daya perbatuan atau rintangan golek.

MaxTouch Construction -Optimum permukaan kontak bagi menjamin kehausan yang sekata serta jangka hayat bunga tayar yang lebih panjang.


Ia juga hadir dengan ciri kedalaman penuh dan sisip (sipe) berketumpatan tinggi dengan rekaan alur berbentuk-U bagi mengekalkan taraf keselamatan yang tertinggi walaupun tayarnya telah haus.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.MICHELIN.com.my/.



Gallery

Tag:

MICHELIN
Michelin Primacy SUV+
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Piala Asia Michelin, Johan Pertandingan Berpeluang Ke Abu Dhabi

Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo akan diadakan tidak lama lagi.

29-06-2022
EV

Hyundai Dan Michelin Tires Bekerjasama Hasilkan Tayar EV Canggih

Hyundai Motor Group telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat Michelin Tires untuk membangunkan tayar.

23-06-2022
Berita Auto

Tayar Terbaharu Michelin: Khas Untuk Pikap dan SUV, Ini Kelebihannya...

MICHELIN baru-baru ini telah memperkenalkan tayar MICHELIN LTX Trail untuk pasaran Malaysia

06-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026