- Berita
- Berita Auto
- [VIDEO] Lelaki Ini Buat Speed Trap 'Tangkap' Kereta Laju Di Jalan Kampung, Ini Respon Netizen
[VIDEO] Lelaki Ini Buat Speed Trap 'Tangkap' Kereta Laju Di Jalan Kampung, Ini Respon Netizen

Tidak tahan dengan sikap ramai pengguna jalan yang memandu laju di kawasan perumahan, seorang lelaki melakukan sesuatu di luar jangkaan dengan berlagak seperti polis trafik.

Seperti yang diketahui umum, had laju yang ditetapkan bagi kawasan perumahan ialah 30 km/j. Namun, masih ramai yang tidak mengendahkan had laju ini dengan memandu pada kelajuan antara 60 ke 70 km/j.

Tindakan ini mendatangkan risiko kepada penduduk setempat terutamanya kanak-kanak. Banyak pergerakan yang tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa.
Risau dengan situasi ini, bapa kepada seorang pengguna TikTok bernama @ fiezamieza telah mengambil inisiatif sendiri dengan menjadi 'polis trafik' yang memegang alat perangkap laju atau 'speed trap.'
Berdasarkan video berdurasi 20 saat ini, lelaki tersebut dilihat memakai topi keselamatan berwarna putih sambil dilengkapi dengan peralatan 'speed trap' seperti ring light dan tripod.
Netizen terhibur dengan tindakannya, ada juga yang memberikan idea untuk menjadikan lakonan sebagai polis trafik ini lebih realistik:





Patuhilah peraturan jalan raya demi keselamatan semua.
INFO HAD LAJU MENGIKUT LOKASI
Had Laju Kenderaan Ringan
- Lebuh raya (dua lorong): 110km/j
- Jalan persekutuan & jalan negeri (satu lorong): 90km/j
- Kawasan bandar: 60km/j
- Kawasan sekolah: 30km/j
Had Laju Kenderaan Berat
- Lebuh raya (dua lorong): 80-90km/j
- Jalan persekutuan & jalan negeri (satu lorong): 70-80km/j
- Kawasan bandar: 60km/j
- Kawasan sekolah: 30km/j
Sumber: TikTok FiezaMieza
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv