Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Apakah Barang Paling Laku di Online? Baca Ini!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang pernah dilaksanakan dua tahun lalu, kebanyakan pengguna sudah beralih membeli barangan secara dalam talian.

Sejak itu, bahagian  penjual Shopee Marketplace turut meningkat 7.5 kali ganda pada Januari 2020 hingga  Mac 2022.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah produk yang  dibeli secara dalam talian oleh peminat kereta dan motosikal?

Berikut merupakan antara barangan terlaris di Auto Mall, sebuah pusat sehenti di Shopee yang menawarkan barangan berkaitan automotif.


PEMEGANG KOTAK TISU KERETA


Jualan direkodkan meningkat lebih tiga kali ganda pada bulan April 2022 berbanding semasa Auto Mall diperkenalkan pada bulan November 2021.

Seperti sedia maklum, kotak tisu merupakan barang berguna yang wajib ada di dalam kereta. Apa tidaknya, jika anak atau anda sendiri tumpahkan air, makanan, sudah pasti tisu yang dicari.

Maka tidak hairanlah, pemegang kotak tisu menjadi rebutan di Shopee.

Lagipun, pemegang ini menjadikan bahagian dalam kereta kelihatan lebih kemas dan teratur.

MINYAK ENJIN 

Lebih 69,000 unit minyak enjin berjaya dijual di Auto Mall. Ia juga antara barang yang penting dibeli bagi memastikan prestasi enjin berada dalam keadaan baik.


Statistik ini menunjukkan pemilik motosikal dan kereta kini  beralih kepada Shopee untuk mendapatkan keperluan perlindungan enjin mereka, dengan pelbagai jenama dan jenis minyak enjin ditawarkan di platform tersebut.

BATERI

Apa yang menarik, sebanyak 26,000 bateri berjaya dijual. Ini menunjukkan bilangan pengguna agak tinggi dalam pembelian bateri.


TAYAR MOTOSIKAL

Lebih 19,000 unit tayar terjual. 

Biarpun agak berat namun  peningkatan populariti e-dagang telah mengubah pilihan pengguna, menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk menikmati kemudahan membeli tayar motosikal secara dalam talian.

Antara jenama tayar yang paling laku di AutoMall ialah Maxxis dan Corsa.


Selain itu, pengilat tayar, Wax Silikon juga dilihat laris kerana ramai pengguna mahu memastikan tayar dan rim sentiasa berkilat ketika berada di atas jalan raya.

MOTOSIKAL

Selain alat ganti dan aksesori, pembelian motosikal juga amat popular. 

Jenama motosikal popular di Shopee termasuk Yamaha, Modenas, Honda dan Vespa. 


Para pengguna mempunyai pilihan untuk membeli motosikal secara tunai atau dengan membayar yuran tempahan, kemudian membayar baki jumlah melalui pinjaman.

“Sebelum ini, kami lebih tertumpu kepada kedai luar talian sebelum penularan Covid-19. Apabila kami memulakan perniagaan di Shopee pada akhir tahun 2020, kami telah mencapai jualan bernilai lebih RM1 juta dalam tempoh setahun. 

Baru-baru ini, selepas menyertai Auto Mall, pendedahan kami bertambah baik. Bilangan pengunjung ke kedai dalam talian kami telah meningkat sebanyak 25 peratus dalam sebulan,” kata jurucakap BateriHub.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026