- Berita
- Global
- Nantikan EV Ferrari Tiga Tahun Lagi
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Benedetto Vigna, syarikat itu akan melancarkan model elektrik pertamanya menjelang tahun 2025.
Pembuat kereta mewah itu menjangkakan kereta elektrik sepenuhnya akan menyumbang sekurang-kurangnya lima peratus daripada jualan kenderaannya menjelang tahun 2025, manakala 40 peratus pada 2030.
Modul sel bateri kepada penyongsang akan dihasilkan dengan tangan dan dipasang di Maranello, Itali.

Menjelang tahun 2026, Ferrari dikatakan akan menawarkan tiga rangkaian kuasa yang terdiri daripada 40 peratus enjin pembakaran dalaman, 60 peratus hibrid dan selektrik sepenuhnya (EV).
Pada tahun 2026, Ferrari turut menyasarkan untuk mencapai pendapatan bersih sehingga hampir 30 bilion ringgit (€6.7 bilion) dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak sembilan peritus.
“Kami akan terus berdaya saing, menawarkan keunikan dan menerajui aspek teknologi kami bagi mencapai neutraliti karbon menjelang 2030m” kata Vigna.

Syarikat itu juga mendedahkan bahawa pihaknya akan menayangkan 15 buah kereta menjelang tahun 2023 dan 2026 yang direka khas secara unik untuk memenuhi permintaan pelanggan tertentu.
Buat masa ini model Purosangue yang hadir dengan nadi V12 akan dilancarkan pada September nanti!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/