Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Grand Starex Tinggal Beberapa Unit Sahaja, Belilah Sekarang Sebelum Habis

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengedar rasmi jenama Hyundai di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) menyatakan bahawa Grand Starex yang mempunyai 11-tempat duduk, tinggal beberapa unit sahaja ketika ini.


Jika anda berminat untuk membeli MPV ini, segera rebut peluang sebelum semua unit habis dijual.

Untuk makluman, jentera ini kini hadir  dalam warna biru selain menerima beberapa bentuk penambahbaikan.

Antaranya:

Bodykit sporty

Lampu belakang kristal

Spoiler belakang bersama lampu brek ketiga


Pengarah urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, Grand Starex sememangnya menjadi pilihan utama untuk individu yang mengendalikan perniagaan.


Tidak kurang juga, bagi pengguna yang mempunyai keluarga besar .


“Grand Starex adalah salah satu model paling laris selepas Kona dan Elantra kerana saiznya, prestasi dan harga yang berpatutan. Dengan baki unit terhad, mereka masih mengintai Grand Starex, anda perlu membuat tempahan dengan segera,” katanya.

Ada dua varian:

Grand Starex Executive Plus - RM163,888

Grand Starex Executive Plus dengan Sistem Telematik - RM165,888

Prestasi 

Enjin 2.5L turbodiesel (170 PS, 441 Nm tork) 

Transmisi automatik 5-kelajuan dengan Shiftronic

Bagi ciri-ciri Premium Starex , ia mempunyai tempat duduk yang boleh dipusing di barisan kedua selain terdapat set ciri keselamatan, paparan monitor.

Dengan tambahan sebanyak RM2,000, Grand Starex Plus  dengan Sistem Telematik didatangkan dengan sistem canggih itu.

Ia dikatakan dapat meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang sekiranya terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini, seperti kemalangan atau kerosakan. 

Perkhidmatan concierge juga disertakan dalam Telematics Grand Starex yang baharu.

Grand Starex juga didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau jarak perbatuan  300,000 km.


Tag:

Hyundai Grand Starex
Starex
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Seorang Wanita Hamil Bersama Suami, Dua Anak Kecil Maut Akibat Kecuaian Pemandu Lain

Seorang Wanita Hamil Bersama Suami, Dua Anak Kecil Maut Akibat Kecuaian Pemandu Lain

Kemalangan tragis itu menyebabkan empat termasuk bayi yang masih dalam kandungan meninggal dunia di tempat kejadian.

28-02-2022
Berita Auto
Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan

Alternatif Terbaharu: Program Pajakan Smart Hyundai Grand Starex Dilancarkan

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Program Pajak Smart Hyundai Grand Starex yang menawarkan program sewa tiga hingga lima tahun yang membolehkan pemilikan Grand Starex tanpa rasa bimbang.

19-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026