Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Kenderaan Dijangka Naik, Ini Pendapat Pakar Ekonomi!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tinggal beberapa minggu sahaja harga kereta tanpa pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST)  akan tamat sebaik hujung bulan ini.

Apa yang menjadi persoalan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) masih belum memberi kata putus sama ada SST akan diteruskan lagi atau dibatalkan!

Setakat ini, kerajaan masih kunci mulut, enggan mengumumkan  sebarang status SST kereta biarpun berbaki beberapa minggu lagi.


Untuk itu, Caricarz menghubungi Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad bagi mendapatkan status terkini SST.


MAA berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada MOF berhubung keputusan sama ada melanjutkan atau menamatkan insentif pengecualian SST ke atas kenderaan penumpang.

“MAA belum mendapat maklum balas daripada MOF. Namun, kita mengharapkan pengecualian ini dapat dilanjutkan untuk tempoh tertentu berdasarkan beberapa faktor,” katanya kepada Caricarz.

Kenapa SST perlu diteruskan:

Tempahan tertunggak yang masih tinggi

Pengeluar berdepan dengan isu stok

Isu kekurangan cip komputer


Untuk makluman, pengecualian cukai jualan pertama kali diumumkan pada Jun 2020 sebagai cara untuk meningkatkan jualan kereta semasa Perintah Kawalan Pergerakan.


Ia kemudian dilanjutkan beberapa kali sepanjang 2 tahun yang lalu dengan lanjutan terkini ialah 30-Jun 2022.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa jika SST diteruskan ia akan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

Kelmarin kecoh pula mengenai harga kereta bermungkinan akan meningkat antara 1 hingga 10 peratus  jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula.

Ikuti temubual Caricarz bersama Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.


Apakah komen dr. berhubung andaian kenaikan harga kereta 1-3 peratus?

Kenaikan harga kereta sememangnya boleh kita jangkakan disebabkan faktor kenaikan kos bahan mentah, peralatan, peranti elektronik dan juga kos buruh. 

Namun, kita harus memahami bahawa keputusan membeli kereta ini adalah pelbagai. 

Sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh faktor keperluan dan selebihnya faktor seperti citarasa terhadap jenama, rekabentuk, teknologi dan sebagainya. 

Para pembeli akan membeli kereta mengikut kemampuan mereka dan pihak bank atau institusi pembiayaan kereta akan memberikan pembiayaan berdasarkan kelayakan dan rekod pembayaran. 


Adakah kenaikan harga kereta akan menyebabkan angka jualan kenderaan akan menurun? 

Soalnya adakah kenaikan cukai akan menjejaskan trend pembelian kereta? 

Ada asasnya. Namun ia mungkin bersifat sementara kerana bagi pembeli kereta yang mana kereta sedia ada sudah lama, maka mereka akan cenderung untuk membeli kereta yang baru bagi mengelakkan kos penyelengaraan yang lebih tinggi. 

Justeru, keputusan membeli kereta terdiri dari pelbagai faktor sebenarnya dan tidak tertakluk kepada cukai semata-mata.


Berhubung desakan pengeluar kenderaan dan MAA yang mahu SST diteruskan atas beberapa faktor, ini jawapan Dr. Afzanizam:

Kenaikan kos perniagaan sudah pasti akan mengurangkan margin keuntungan. Maka, jalan singkat adalah dengan menaikkan harga jualan. 

Soal pengurangan SST pula, apabila diperkenalkan, ia sebenarnya adalah bertujuan untuk  merangsang jualan kenderaan ketika negara berhadapan wabak Covid-19. 

Faktor Covid-19 ini pula dilihat semakin beransur pulih. Maka dasar itu perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.


Sekiranya, SST dikekalkan, adakah ia berupaya utk mengekalkan harga kenderaan? 

Persoalan ini perlu diteliti. Jika dasar yang dibuat itu tidak akan mencapai sasaranya maka, ia boleh merugikan semua pihak.

Sementara itu, seorang pakar ekonomi yang enggan mahu dikenali pula berpendapat bahawa SST sebenarnya tidak perlu dilanjutkan.

Solusinya ialah bagi sesiapa yang membuat tempahan kereta sebelum 30 Jun, mereka masih layak mendapat SST walaupun kenderaan yang ditempah keluar pada hujung tahun.

Bernas juga idea pembeli masih layak menerima SST walaupun kereta keluar hujung tahun.

Apa pula pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

9 Jenis Pengangkutan Awam, 12 Sektor Logistik Terima Harga Subsidi RON95 Pada RM2.05 Seliter

Petrol RON95 akan dijual pada kadar bersubsidi RM2.05 seliter untuk kenderaan komersial yang layak membabitkan sembilan jenis pengangkutan awam dan 12 sektor logistik.

24-09-2025
Berita Auto

RON95 Turun RM1.99 Seliter, Rakyat Boleh Jimat RM200 Dalam Sebulan

Rakyat boleh menjimatkan wang sebanyak RM200 sebulan selepas harga RON95 diturunkan nanti.

24-09-2025
Berita Auto

6 Stesen MRT Laluan Putrajaya Ditutup, Untuk Kerja Baik Pulih

Enam stesen perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya ditutup sementara bagi membolehkan kerja baik pulih susulan gangguan bekalan kuasa yang berlaku jam 5.54 pagi tadi.

24-09-2025
Berita Auto

Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.

23-09-2025
Berita Auto

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025
Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025
Berita Auto

Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

23-09-2025
Berita Auto

SIB, APU Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Teknologi EV, Hibrid

Sapura Industrial Berhad dan Asia Pacific University menjalinkan kerjasama untuk memperkasakan kemahiran dalam EV, Hibrid dan perkilangan pintar di Malaysia.

23-09-2025